AZWAN ALI ‘BIDAS’ SITI NURHALIZA?

ISU TUTUP MUKA ANAK, : "GI LAH MAM! ALLAH YANG BAGI KAU ANAK"

AZWAN ALI ‘BIDAS’ SITI NURHALIZA?

Selebriti Azwan Ali atau mesra disapa sebagai Diva AA sering menjadi perhatian ramai dek kerana dirinya yang lantang menyuarakan pandangannya mengenai sesuatu topik di laman media sosial.

Seperti baru-baru ini, dia ada membuat satu ciapan di Twitter berkenaan dengan isu selebriti menutup muka anak dan memuji pasangan pelakon Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin kerana biarpun anak ketiga baru dilahirkan, mereka sudah pun menunjukkan anaknya itu.

Isu turut mendapat perhatian dan diperkatakan oleh ramai selebriti lain, seperti Kak KM, Elly Mazlein dan juga Datuk Seri Siti Nurhaliza. Mungkin menyedari segala statement yang dilakukan oleh selebriti lain mengenai isu itu, Azwan Ali ada memuat naik satu ciapan seakan-akan marah pada seorang selebriti.





Di dalam ciapan itu juga, dia memuat naik sekali satu keratan akhbar online yang memaparkan kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang selebriti yang dikenal pasti iaitu Siti Nurhaliza.

Untuk makluman, isu mengenai tutup muka anak yang baru saja dilahirkan ini sejak kebelakangan ini menjadi topik yang sering ditanyakan kepada selebriti-selebriti Malaysia ataupun mereka sendiri yang berkongsikan pandangan mengenai hal ini.

Terdahulu, Siti Nurhaliza telah memberi pesanan kepada netizen yang sering mempersoalkan tindakan selebriti menutup wajah anak dalam akaun Instagram (IG).


​Disyorkan Untuk Anda :


Tegas penyanyi tersohor itu, tindakan selebriti berkenaan tidak sepatutnya jadi polemik dan netizen juga tidak perlu masuk campur kerana ia keputusan bersifat peribadi.





“Usah pertikaikan mengapa ada selebriti enggan mendedahkan wajah bayi mereka. Bagi saya, terpulang kepada ibu bapa masing-masing. Mereka pastinya mempunyai alasan tersendiri.

“Malah, setiap individu mempunyai pilihan sendiri sama ada nak tunjuk wajah anak atau sebaliknya. Saya hormati pendirian mereka. Saya juga ada pilihan untuk tidak menunjukkan wajah anak-anak saya, sebelum ini,” tuturnya.

Tambah penyanyi ‘Aku Bidadari Syurgamu’ ini, dia percaya apabila sudah bersedia, pasti artis berkenaan akan memperkenalkan wajah anak untuk tatapan khalayak.

“Jika tiba masanya nanti, mereka nak tunjuk wajah anak. Jadi, tak perlukan kita nak mempertikaikan apa-apa kerana mereka tahu apa yang mahu dilakukan,” ujar ibu kepada sepasang cahaya mata ini.





AZWAN ALI NAK PERGI LONDON, TUNAI UMRAH

AZWAN ALI ‘BIDAS’ SITI NURHALIZA?


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Cubaan Segelintir Hakim Menukar Amalan Perlembagaan Malaysia Mengikut Acuan Amalan Perlembagaan India

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker