Bot tunda karam, 3 kru hilang

Bot tunda karam, 3 kru hilang
Foto hiasan.

Bot tunda karam, 3 kru hilang

KOTA KINABALU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sebuah bot tunda yang hilang di kawasan 35 batu nautika barat laut, Pulau Mantanani, di sini, semalam.

Bot tunda Megah Jaya 2 itu yang disyaki karam dilaporkan turut membawa tiga kru warga tempatan iaitu Lim Chung Siong, 24, Wilson Paul Jospeh, 31 dan Yee Lih Min, 22.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Datuk Mohd Rosli Abdullah, berkata laporan kehilangan bot tunda itu dibuat pemilik kapal selepas menyedari kehilangannya pada jam 9.30 pagi.

Katanya, operasi CARILAMAT terus diaktifkan dengan mengatur gerak KM Bistari ke lokasi bagi melakukan pemantauan dan pencarian awal.





“Operasi CARILAMAT pagi ini turut membabitkan agensi sahabat iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Kawasan pencarian bot tunda Megah Jaya 2 ini terbahagi kepada tiga sektor dengan keluasan keseluruhan 176 batu nautika,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Orang ramai yang ada petunjuk berkaitan kes ini diminta disalurkan terus ke Pusat Operasi Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan di talian 088-387774.

5 penjual besi buruk terapung hampir 11 jam





Bot tunda karam, 3 kru hilang


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Cubaan Segelintir Hakim Menukar Amalan Perlembagaan Malaysia Mengikut Acuan Amalan Perlembagaan India





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker