Dana khas pendidikan melalui Tabung Pendidikan Negeri Sabah

Dana khas pendidikan melalui Tabung Pendidikan Negeri Sabah
Hajiji Noor menyampaikan hadiah kepada penerima Anugerah Tokoh Guru 2022, Datuk Dr Nuinda Alias (kanan) sempena Majlis Perasmian Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sabah. FOTO BERNAMA

Dana khas pendidikan melalui Tabung Pendidikan Negeri Sabah

Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah menyediakan dana khas pendidikan dikenali sebagai Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) bagi membantu pelajar di negeri ini melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara.

Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor berkata, tabung itu yang akan dilancarkan bulan depan disediakan untuk memastikan lebih ramai anak Sabah berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.

Katanya, penubuhan TPNS adalah antara inisiatif kerajaan negeri menerusi agensinya, iaitu Yayasan Sabah yang terkandung dalam Pelan Strategik Transformasi Kumpulan Yayasan Sabah 2015 – 2023.

“Usaha ini juga selaras dengan salah satu teras Halatuju Sabah Maju Jaya (SMJ) iaitu meningkatkan pembangunan modal insan dan kesejahteraan rakyat,” katanya ketika merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, semalam.





Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Alamin; Menteri Tugas-Tugas Khas yang juga Exco Pendidijan negeri, Datuk Mohd Arifin Arif; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Tah Nia Jaman.

TPNS diwujudkan selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sabah meluluskan Enakmen Kumpulan Wang Amanah Kerajaan (Pindaan) 2021, yang memperuntukkan dana untuk pendidikan di Sabah pada 9 Disember tahun lalu dan dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2022.

Maszlee bersama PH, tidak masuk PKR

Dana khas pendidikan melalui Tabung Pendidikan Negeri Sabah


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392





Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Cubaan Segelintir Hakim Menukar Amalan Perlembagaan Malaysia Mengikut Acuan Amalan Perlembagaan India

 





 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker