Doktor meninggal kerana kemurungan

Doktor meninggal kerana kemurungan
SEREMBAN: Seorang doktor yang meninggal dunia dalam bilik hotel di Port Dickson, Jumaat lalu dikatakan kemurungan yang mungkin berkaitan dengan kerjayanya.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, berkata perkara itu dimaklumkan oleh ahli keluarga mangsa kepada polis.
“Mangsa dikatakan mengalami kemurungan mungkin disebabkan oleh pekerjaannya.
“Polis juga ada menemui beberapa jenis ubat kemurungan di dalam biliknya,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Aidi Sham berkata, pada jam 2 petang, polis menerima maklumat daripada pekerja hotel yang menemui seorang wanita dalam keadaan tidak sedarkan diri terbaring di atas katil bilik hotel berkenaan.
“Siasatan awal polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah didapati di tempat kejadian. Semakan dari pihak hotel mendapati mangsa mendaftar seorang diri pada 19 Mei lalu.
“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pembantu Perubatan Klinik Kesihatan Pasir Panjang pad jam 2.56 petang.
“Si mati berusia 37 tahun dan masih bujang,” katanya.
Aidi Sham berkata, polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut dan bedah siasat dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Port Dickson dan punca kematian tidak dapat dikenal pasti.
Doktor meninggal kerana kemurungan
Disyorkan Untuk Anda :
- Doctrine Basic Structure Yang Di Perjuangkan Hakim Tertentu Bercanggah Dengan Perlembagaan
- MAFI Kementerian Seribu Mimpi
- Bekalan Ayam Segar Sarawak Melebihi Permintaan, MAFI Masih Tidur Lagi?
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.