Jangkitan COVID-19 terkawal – Korea Utara

Jangkitan COVID-19 terkawal - Korea Utara
Anggota tentera perubatan terbabit dalam pengagihan bekalan ubat-ubatan di farmasi di Pyongyang, Korea Utara ketika lonjakan kes COVID-19 di negara itu. – Foto REUTERS

Jangkitan COVID-19 terkawal – Korea Utara

SEOUL: Korea Utara berkata jangkitan COVID-19 di negara itu menyaksikan trend penurunan stabil dengan kurang daripada 200,000 kes baharu yang mempunyai simptom demam direkodkan untuk hari ketiga berturut-turut pada Selasa.

Gelombang COVID-19 yang diisytiharkan pada 12 Mei mencetuskan kebimbangan terhadap kekurangan vaksin, infrastruktur perubatan yang tidak mencukupi dan potensi krisis makanan di negara berpenduduk 25 juta itu.

Sekurang-kurangnya 134,510 kes baharu dengan simptom demam direkodkan setakat petang Isnin, menjadikan jumlah kes sedemikian kepada 2.95 juta sejak akhir April, lapor agensi berita rasmi KCNA.

Angka kematian berjumlah 68 orang. Menurut KCNA, negara itu melaporkan “kejayaan” dalam memerangi wabak COVID.





“Dalam beberapa hari selepas sistem pencegahan wabak kecemasan maksimum diaktifkan, kadar morbiditi dan kematian di seluruh negara menurun secara drastik dan bilangan orang yang pulih meningkat,” kata KCNA.

Korea Utara berkata ia sedang meningkatkan pengeluaran bekalan ubat penting walaupun tidak menghuraikan dengan tepat jenis yang dihasilkan.

Berikutan kekurangan bekalan ujian, Korea Utara belum mengesahkan jumlah orang yang diuji positif untuk coronavirus.

Sebaliknya, pihak berkuasa kesihatan melaporkan bilangan yang mempunyai simptom demam, menjadikannya sukar untuk menilai skala gelombang COVID, kata pakar.

Korea Utara berkata pihak berkuasa mengedarkan makanan dan ubat-ubatan ke seluruh negara, dengan pegawai perubatan tentera dikerahkan untuk membantu mengedarkan ubat dan menjalankan ujian.





Korea Selatan dan Amerika Syarikat mencadangkan bantuan memerangi wabak itu termasuk dalam penyediaan bekalan vaksin, tetapi Pyongyang tidak menjawab tawaran itu. – REUTERS

Korea Utara tembak ‘peluru berpandu’ lagi

Jangkitan COVID-19 terkawal – Korea Utara

 


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392





Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Cubaan Segelintir Hakim Menukar Amalan Perlembagaan Malaysia Mengikut Acuan Amalan Perlembagaan India

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker