Keajaiban di Etihad memang dirancang – Guardiola

Keajaiban di Etihad memang dirancang - Guardiola
Manchester City meraikan kejayaan menjuarai Liga Perdana Inggeris di Manchester. – Foto REUTERS

Keajaiban di Etihad memang dirancang – Guardiola

MANCHESTER: Pep Guardiola secara berseloroh berkata memang ia adalah sebahagian daripada rancangannya untuk ketinggalan 2-0 dan kemudian bangkit menewaskan Aston Villa 3-2 ketika menjuarai Liga Perdana Inggeris.

Memerlukan kemenangan untuk mengatasi Liverpool dengan kelebihan satu mata, City ketinggalan 2-0 ketika permainan berbaki 15 minit sebelum tiga gol dalam tempoh enam minit dihasilkan di Etihad.

Guardiola menunaikan janjinya dengan menghisap cerut di atas pentas selepas pasukannya berarak meraikan kejuaraan di kota Manchester.

 





Pengendali Manchester City Pep Guardiola meraikan kejayaan menjuarai Liga Perdana Inggeris di Manchester. - Foto REUTERS
Pengendali Manchester City Pep Guardiola meraikan kejayaan menjuarai Liga Perdana Inggeris di Manchester. – Foto REUTERS

City kini mempunyai empat kejuaraan liga dalam tempoh lima tahun di bawah kendalian Guardiola dan enam sepanjang 11 musim lalu.

“Memang itu rancangannya, 0-2, tenang, tenang,” kata Guardiola sambil ketawa. “Dan selepas kami menjaringkan gol ia adalah malam yang hebat.

“Semua orang tahu apa yang terjadi adalah pencapaian menakjubkan. Ini adalah liga paling sukar, dalam enam tahun sejak kami tiba, kami memenangi empat.

 

Manchester City meraikan kejayaan menjuarai Liga Perdana Inggeris di Manchester. - Foto REUTERS
Manchester City meraikan kejayaan menjuarai Liga Perdana Inggeris di Manchester. – Foto REUTERS

 





“Kegembiraan di muka semua orang adalah hadiah paling hebat bagi kami.”

Walaupun menguasai pentas domestik, kegemilangan dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah masih belum berpihak kepada City selepas berbilion ringgit dibelanjakan untuk membentuk skuad terbaik.

Tersingkir di tangan Real Madrid pada peringkat separuh akhir hampir merencatkan misi mempertahankan gelaran Liga Perdana Inggeris mereka, namun City bangkit mengumpul 10 mata daripada empat perlawanan terakhir. – AFP

ALIFF SYUKRI SEDIH KENA KECAM





Keajaiban di Etihad memang dirancang – Guardiola


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Cubaan Segelintir Hakim Menukar Amalan Perlembagaan Malaysia Mengikut Acuan Amalan Perlembagaan India





 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker