Klopp akui tertipu di Anfield

Klopp akui tertipu di Anfield
LONDON: Pengendali Liverpool Jurgen Klopp menyelar penyokong Wolves yang meraikan jaringan Manchester City pada hari terakhir saingan Liga Perdana Inggeris.
Liverpool menentang Wolves dengan harapan dapat merakam keputusan lebih baik berbanding City yang bertemu Aston Villa bagi merampas kejuaraan musim ini.
Villa memberi harapan buat Liverpool dengan mendahului 2-0 di Etihad, tetapi kemudian impian empat kejuaraan The Reds berkecai apabila City meledak tiga gol dalam tempoh enam minit untuk kemenangan 3-2.
Anak buah Klopp menang 3-1 di Anfield tetapi terpaksa akur sebagai naib juara liga musim ini.
Ketika perlawanan itu, khabar angin tersebar di Anfield yang mengatakan Villa menyamakan kedudukan kepada 3-3, dengan salah seorang penyokong terpaksa memberitahu Mohamed Salah kedudukan masih 3-2.
Klopp mengakui sorakan penyokong di Anfield memberikannya harapan seketika, tetapi kecewa apabila mengetahui keadaan sebenar.
“Saya tidak faham bagaimana penyokong Wolverhampton boleh meraikan gol City. Saya tidak faham perasaan sebegini. Namun kami sudah menjangkakannya.
“Tahniah kepada Manchester City. Saya lebih rela jika mereka mendahului 5-0 selepas 10 minit pertama. Apabila dalam situasi turun naik seperti ini, ada pula yang mengatakan 3-3, untuk seketika saya rasa kami mampu menjadi juara,” kata Klopp. – AGENSI
Klopp kekal di Anfield hingga 2026
Klopp akui tertipu di Anfield
Disyorkan Untuk Anda :
- Doctrine Basic Structure Yang Di Perjuangkan Hakim Tertentu Bercanggah Dengan Perlembagaan
- MAFI Kementerian Seribu Mimpi
- Bekalan Ayam Segar Sarawak Melebihi Permintaan, MAFI Masih Tidur Lagi?
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.