Liverpool antara pilihan Mbappe

Liverpool antara pilihan Mbappe
Penyerang Paris Saint-Germain Kylian Mbappe sebelum sesi temu bual di stesen televisyen Perancis di Boulogne-Billancourt, Paris. – Foto AFP

Liverpool antara pilihan Mbappe

PARIS: Kylan Mbappe mengesahkan yang dia ada berbincang dengan Liverpool berkenaan perpindahan ke Anfield.

Penyerang Perancis itu menamatkan spekulasi masa depannya dengan mengumumkan yang dia sudah menandatangani kontrak baharu bersama Paris Saint-Germain.

Pemain 23 tahun mencetus kemarahan Real Madrid yang begitu hampir untuk mendapatkannya selepas tamat saingan musim ini.

Selepas mengesahkan dia akan kekal di Paris, Mbappe tampil mendedahkan yang selain Real Madrid, dia turut berunding dengan Liverpool.





“Bukan hanya Real Madrid dan PSG – saya juga berunding untuk menyertai Jurgen Klopp di Liverpool. Saya berbincang dengan Liverpool kerana ia adalah kelab kegemaran ibu saya.

“Ibu saya sayangkan Liverpool. Saya tidak tahu mengapa, anda perlu tanya dia. Ia kelab yang bagus dan kami berjumpa lima tahun lalu ketika di Monaco. Ia kelab yang besar,” kata Mbappe.

Klopp awal bulan ini ketika ditanya sama ada dia berminat mendapatkan Mbappe, berkata: “Sudah tentu kami minat mendapatkannya, kami tidak buta!”. – AGENSI

Liga Juara-Juara Eropah perlu masa – Conte





Liverpool antara pilihan Mbappe


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Cubaan Segelintir Hakim Menukar Amalan Perlembagaan Malaysia Mengikut Acuan Amalan Perlembagaan India





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker