MAFI Kementerian Seribu Mimpi

MAFI Kementerian Seribu Mimpi

MAFI Kementerian Seribu Mimpi

Rakyat seluruh Malaysia resah dengan kenaikan mendadak bahan keperluan asas makanan.

Sebut sahaja apa barang keperluan asas makanan, pasti harganya seakan tidak lagi terkawal.

Sudahlah harga melambung tinggi, bekalan semakin sukar diperolehi.





Malaysia adalah negara pengeluar kelapa sawit, tetapi bekalan minyak masak yang berasaskan sawit sukar diperolehi.

Satu keadaan yang sukar untuk dihadamkan.

Terkini, lebih memeranjatkan lagi apabila bekalan ayam segar dilaporkan terputus di pasaran.

Senario ini mendapat perhatian dari Ismail Sabri sehingga beliau dikatakan akan memanggil mesyuarat kabinet lebih awal khas untuk membincangkan masalah tersebut.

Persoalannya, mana pergi menteri dan timbalan menteri yang bertanggungjawab?





Isu kenaikan harga barang asas makanan bukan baharu seminggu dua berlaku, tetapi sudah berlarutan berbulan-bulan lamanya.

Awal Disember 2021, Timbalan Menteri Pertanian & Industri Makanan (MAFI), berjanji, harga barang akan pulih dalam masa seminggu dua.

Kini bukan kata dalam masa seminggu dua, tetapi sudah hampir setengah tahun, harga tidak pulih, bahkan makin melambung tinggi!!!

Berkenaan bekalan ayam segar pula, MAFI menafikan kartel ayam yang menghentikan operasi pada 21 hingga 22 Mei.

Serta penjual yang menimbang untuk mogok kerana dakwaan penangguhan pengagihan subsidi kerajaan sebagai punca bekalan putus.





Kenyataan MAFI lebih kepada menafikan kelemahan pengagihan subsidi kerajaan antara punca masalah yang dialami.

Rakyat Mahukan Penyelesaian Segera

Rakyat dilanda keresahan dan kelaparan dan sudah muak dan bosan dengan janji serta alasan yang diberikan.

Apa yang rakyat mahu tahu ialah apa perancangan jangka pendek dan jangka panjang kerajaan untuk atasi masalah.

Kalau bekalan ayam segar putus di pasaran, adakah kerajaan akan menggandakan impot ayam segar sebagai penyelesaian jangka pendek.

Dan apakah kerajaan akan berikan subsidi kepada pengimpot jagung yang menjadi bahan asas makanan ayam ternak untuk menyerap kenaikan kos pemeliharaan ayam ternak.





Atau kerajaan akan galakkan tanaman jagung di kalangan petani tempatan sebagai penyelesaian jangka panjang.

Itu yang rakyat hendak tahu.

Bukan alasan demi alasan atau menceritakan masalah yang dihadapi oleh kerajaan.

Bukan tanggungjawab rakyat untuk menyelesaikan masalah rakyat, tetapi itu adalah tanggungjawab kerajaan.

Sudah sampai masanya Ismail Sabri melakukan pemutihan menteri yang tidak kompeten dalam kabinet beliau.





Atau sebaiknya bubarkan parlimen supaya kerajaan baharu dapat membentuk barisan kabinet yang lebih kompeten.

Ingat, rakyat membayar puluhan ribu ringgit setiap bulan kepada menteri dan timbalan menteri untuk selesaikan masalah, bukannya untuk menyenaraikan masalah!!!

 

MAFI Kementerian Seribu Mimpi

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker