‘Panggil Kit Siang rakam percakapan lepas siasatan polis lengkap’

'Panggil Kit Siang rakam percakapan lepas siasatan polis lengkap'
Ali Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang

‘Panggil Kit Siang rakam percakapan lepas siasatan polis lengkap’

KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman belum merakam percakapan Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang yang didakwa membuat satu ciapan mengandungi kenyataan boleh menggugat ketenteraman awam.

Setakat ini, polis sedang melengkapkan siasatan berhubung kes itu sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata selepas siasatan polis lengkap, pihaknya akan memanggil Kit Siang untuk dirakam percakapan.

“Buat masa ini beliau (Kit Siang) masih belum dipanggil bagi dirakam percakapan.





“Selepas siasatan dilengkapkan kita akan memanggil beliau untuk tujuan itu,” katanya di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan satu siasatan dijalankan JSJ Bukit Aman terhadap ciapan dimuat naik Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu yang didakwa mengandungi kenyataan boleh menggugat ketenteraman awam.

Imej tangkap layar ciapan terbabit turut tular melalui aplikasi WhatsApp sejak ia dimuat naik.

Ciapan berkenaan mengandungi kenyataan ‘Will The Houses Of The Prime Minister and Ministers of Malaysia Be Set On Fire by Angry Protestors As Happened in Sri Lanka Last Week (Adakah rumah perdana menteri dan menteri Malaysia akan dibakar oleh penunjuk perasaan seperti berlaku di Sri Lanka, minggu lalu).

SHAHROL BAKAL AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG





‘Panggil Kit Siang rakam percakapan lepas siasatan polis lengkap’


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Cubaan Segelintir Hakim Menukar Amalan Perlembagaan Malaysia Mengikut Acuan Amalan Perlembagaan India





 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker