PAS tolak idea PN gabung dengan PH, kata Idris

–fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA
PAS tolak idea PN gabung dengan PH, kata Idris
PETALING JAYA: PAS berkemungkinan tidak akan menyertai khemah besar bersama parti pembangkang bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) nanti, namun akan terus mempertahankan permuafakatan yang dibentuk bersama Perikatan Nasional (PN) dan Umno menerusi Muafakat Nasional (MN).
Naib Presiden PAS Idris Ahmad berkata, setakat ini kepimpinan parti tidak pernah mengadakan perbincangan secara khusus mengenai pembentukan khemah besar bersama Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi PRU15 nanti.
“Malah, PAS hanya akan mengadakan perbincangan dengan parti mewakili orang Melayu/Islam serta parti bukan Melayu yang tidak ekstrem.
“Kita juga sedia menerima Amanah jika mereka bersedia meninggalkan DAP,” kata menurut laporan Sinar Harian.
Idris yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri (hal ehwal agama) berkata, biarpun jawatankuasa induk MN sudah lama tidak mengadakan mesyuarat, namun beliau sering bertemu dengan pemimpin Umno bagi membincangkan kepentingan dan perpaduan dalam kalangan umat Islam di negara ini.
Mengulas lanjut beliau berkata, usaha untuk memperkukuhkan MN perlu dilakukan secara berterusan oleh pemimpin PAS dan Umno dari semasa ke semasa.
Disyorkan Untuk Anda :
- Pemansuhan AP Bertentangan Dengan Perlembagaan Malaysia
- Sekali Lagi Kenyataan Perdana Menteri Di Sanggah!!!
- Adakah Bukti SPRM Mampu Meyakinkan Peguam Negara?
“PAS sentiasa bersedia mengadakan perbincangan dengan Umno dan parti lain mengenai soal untuk memperkukuhkan kerjasama dalam MN dan perpaduan dalam kalangan umat Islam di negara ini.
“Oleh itu, saya berharap semua parti dipimpin oleh orang Melayu/Islam supaya tidak terlalu mementingkan diri sendiri dan ego demi kemaslahatan ummah.
“Kalau pemimpin parti berkenaan berasa ego tolong tunjukkan kepada saya kerusi dan negeri mana mereka boleh memerintah secara solo selepas PRU15 nanti,” katanya.
PAS tolak idea PN gabung dengan PH, kata Idris
Disyorkan Untuk Anda :
- Doctrine Basic Structure Yang Di Perjuangkan Hakim Tertentu Bercanggah Dengan Perlembagaan
- MAFI Kementerian Seribu Mimpi
- Bekalan Ayam Segar Sarawak Melebihi Permintaan, MAFI Masih Tidur Lagi?
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.