Perang tinggal kesan mendalam – Wanita pertama Ukraine

Perang tinggal kesan mendalam - Wanita pertama Ukraine
Olena Zelenska. – Foto AGENSI

Perang tinggal kesan mendalam – Wanita pertama Ukraine

GENEVA: Wanita pertama Ukraine memberi amaran mengenai impak peperangan ke atas kesihatan mental dan penjagaan kesihatan akan dirasai selama beberapa dekad.

Olena Zelenska dalam ucapan menerusi sidang video pada perhimpunan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata perang oleh Russia menunjukkan kesengsaraan dan kengerian yang tidak dapat dibayangkan.

Beliau turut memberi penekanan secara khusus berhubung kesan kepada kesihatan mental.

“WHO komited dalam melindungi hak asasi manusia kepada kehidupan dan kesihatan. Namun sekarang, kedua-duanya dilanggar di Ukraine.





“Kesan akibat peperangan ini malangnya akan berkekalan selama beberapa tahun dan dekad,” katanya.

Suaminya, Presiden Volodymyr Zelensky yang berucap di perhimpunan lain di Switzerland, pada Isnin menggesa golongan elit global yang berkumpul di Forum Ekonomi Dunia di Davos untuk memastikan sekatan maksimum terhadap Russia.

Zelenska membuat kenyataan itu ketika negara-negara dunia pada Perhimpunan Kesihatan Sedunia sedang bersedia untuk membincangkan resolusi dibentangkan Ukraine dan sekutunya pada Selasa yang mengutuk sekeras-kerasnya pencerobohan Russia, terutama serangan ke atas lebih 200 fasiliti penjagaan kesihatan termasuk hospital dan ambulans.

Katanya, setakat ini, tiada rakyat Ukraine sama ada dewasa atau kanak-kanak yang dapat memastikan bahawa mereka akan bangun keesokan harinya atau tiada peluru yang akan terbang membedil rumah.

“Doktor tidak dapat memastikan bahawa ambulans mereka tidak akan dibom dalam perjalanan untuk sampai kepada pesakit,” katanya.





Resolusi itu juga akan memberi amaran kepada kecemasan kesihatan di Ukraine dan menyoroti kesan buruk melebihi sempadannya, termasuk gangguan eksport bijirin yang memburukkan lagi krisis keselamatan makanan global.

Sementara itu, diplomat Barat berkata sekatan yang dibenarkan di bawah peraturan WHO adalah sangat lemah.

Menteri Kesihatan Jerman, Karl Lauterbach, menggesa supaya resolusi itu menggunakan bahasa yang keras dan menyuarakan keyakinan bahawa ia akan diluluskan.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kesihatan Russia, Alexandra Dronova, menyuarakan kebimbangannya pada perhimpunan itu bahawa WHO dan badan pembuat keputusannya sedang dipolitikan.

“Dengan kebimbangan mendalam, kami ambil maklum, baru-baru ini berlaku usaha untuk mempolitikkan kerja organisasi yang menyimpang daripada prinsip “tidak berat sebelah” dalam kerjanya,” katanya.





Beliau menggesa Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus menghalang WHO daripada menjadi landasan politik. – AFP

NYNAA : INSIDEN BERLAKU TINGGAL KESAN MENDALAM

Perang tinggal kesan mendalam – Wanita pertama Ukraine


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Cubaan Segelintir Hakim Menukar Amalan Perlembagaan Malaysia Mengikut Acuan Amalan Perlembagaan India

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker