Ronaldo, Maguire dalam perancangan Ten Hag

Ronaldo, Maguire dalam perancangan Ten Hag
Pengendali baharu Manchester United Erik ten Hag (tengah) menyaksikan perlawanan terakhir kelab itu ketika tewas 1-0 di tangan Crystal Palace di Selhurst Park. – Foto REUTERS

Ronaldo, Maguire dalam perancangan Ten Hag

MANCHESTER: Pengendali baharu Manchester United Erik ten Hag mengesahkan Cristiano Ronaldo berada dalam perancangannya untuk saingan musim depan.

Pengendali dari Belanda turut mengesahkan masih mahukan khidmat Harry Maguire tetapi enggan mengulas sama ada pertahanan England itu akan kekal sebagai kapten.

Ten Hag mengadakan sidang akhbar pertama selepas perpindahan dari Ajax dan pengendali berusia 52 tahun itu melegakan peminat United apabila bercakap tentang bintang Portugal, Ronaldo.

Ketika ditanya sama ada Ronaldo berada dalam perancangannya, Ten Hag menjawab: “Sudah tentu!”.





Apabila ditanya apakah kelebihan dibawa Ronaldo untuk pasukan, Ten Hag berkata “gol”.

Berkenaan Maguire, Ten Hag berkata dia masih mengharapkan sumbangan kapten United itu tetapi tidak menjawab sama ada akan mengekalkannya sebagai kapten.

“Musim depan adalah musim baharu tetapi saya rasa dia (Maguire) melakukan tugasnya dengan baik. Dia pemain yang hebat, banyak yang sudah dicapai, termasuk sumbangan kepada Manchester United.

“Jadi saya tidak sabar untuk bekerjasama dengannya,” kata Ten Hag. – AGENSI

Ten Hag perlukan masa ubah nasib United – Ronaldo





Ronaldo, Maguire dalam perancangan Ten Hag


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Cubaan Segelintir Hakim Menukar Amalan Perlembagaan Malaysia Mengikut Acuan Amalan Perlembagaan India





 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker