Sanusi enggan ulas, bimbang dilabel derhaka

Sanusi enggan ulas, bimbang dilabel derhaka
Gambar fail – Presiden KFA merangkap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor. – Foto NSTP/Luqman Hakim Zubir.

Sanusi enggan ulas, bimbang dilabel derhaka

KULIM: Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor enggan mengulas cabaran pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk mendedahkan nama individu yang beliau gelar sebagai ‘tokong’ dalam bola sepak negara.

Menteri Besar Kedah itu berkata, beliau tidak mahu membuat sebarang komen lanjut mengenai cabaran Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu kerana khuatir akan dilabel sebagai ‘derhaka’.

“Soalan itu (cabaran TMJ dedahkan nama individu yang digelar ‘tokong’) tak usah tanya, provokasi..’no comment’.

“Nanti depa kata saya lawan raja pula, baru ini tak ada hujah depa update (tulis) kata lawan raja, derhaka…ini bola sepak derhaka apa, jadi (cukup) la,” katanya selepas merasmikan penutupan mesyuarat agung tahunan Pusat Pembangunan Kemahiran Industri dan Pengurusan Kedah (KISMEC) di sini, hari ini.





Menerusi satu ciapan pada akaun Twitter milik TMJ, baginda meminta Menteri Besar Kedah itu menyatakan semua dakwaan yang dimaksudkan termasuk menyertakan bukti dan fakta.

Sebelum ini, Muhammad Sanusi mencetuskan kontroversi apabila mendakwa ada individu yang mengawal bola sepak Malaysia, namun tidak mendedahkan nama individu berkenaan.

Beliau dilaporkan berkata, ‘tokong’ dalam arena bola sepak negara tidak boleh wujud sekiranya semua pasukan mahu berentap secara adil.

Malah, ada yang mendakwa isu berkenaan turut menjadi punca JDT memanggil semula penyerangnya, Syafiq Ahmad yang dipinjamkan kepada pasukan Kedah Darul Aman FC untuk kembali ke pangkuan skuad Harimau Selatan.

Mahiaddin Dan Hadi Derhaka Pada Agong?





Sanusi enggan ulas, bimbang dilabel derhaka


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Cubaan Segelintir Hakim Menukar Amalan Perlembagaan Malaysia Mengikut Acuan Amalan Perlembagaan India





 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker