Sukan SEA 2021 melabuhkan tirainya secara rasmi

Sukan SEA 2021 melabuhkan tirainya secara rasmi
Perarakan masuk Jalur Gemilang pada acara penutup Sukan SEA 2021 Vietnam di Vietnam Asian Indoor Games Stadium, Hanoi. – NSTP/Hairul Anuar Rahim

Sukan SEA 2021 melabuhkan tirainya secara rasmi

Temasya Sukan SEA 2021 ditutup secara rasmi dengan obor kejohanan dipadamkan sementara bendera kejohanan diturunkan sebelum diserahkan kepada wakil tuan rumah Sukan SEA Kemboja tahun depan.

Penyerahan bendera Federasi Sukan SEA 2021 kepada bakal tuan rumah Sukan SEA 2023. NSTP/Hairul Anuar Rahim

Kemudian tarian LED oleh pasukan tarian 218 iaitu finalis Asia’s Got Talent turun memberi persembahan dengan menggabungkan teknologi pencahayaan dan tarian baharu bagi menghiburkan kontinjen.

Akhirnya sekali, 11 bendera negara yang menyertai Sukan SEA turut dipersembahkan bagi menandakan penamatnya selepas diadakan dengan penuh meriah terutama persembahan memukau sepanjang 90 minit.

Perarakan masuk Jalur Gemilang dan negara-negara bertanding pada acara penutup Sukan SEA 2021. – NSTP/Hairul Anuar Rahim

Pada edisi kali ini, Vietnam muncul juara keseluruhan dengan mengutip 205 emas, 125 perak dan 116 gangsa.





Ia kali terakhir muncul juara ketika menjadi tuan rumah pada 2003.

Kontinjen negara pula berjaya melepasi sasaran 36 pingat emas selepas mengumpul 39 emas, 45 perak dan 90 gangsa sekali gus berada di kedudukan keenam keseluruhan.

Persembahan kebudayaan oleh Kemboja yang akan menjadi tuan rumah Sukan SEA 2023. – NSTP/Hairul Anuar Rahim
Persembahan kebudayaan oleh Kemboja yang akan menjadi tuan rumah Sukan SEA 2023. – NSTP/Hairul Anuar Rahim

​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.





Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Cubaan Segelintir Hakim Menukar Amalan Perlembagaan Malaysia Mengikut Acuan Amalan Perlembagaan India

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker