2 terbunuh, ratusan cedera dalam letupan gas di Abu Dhabi

2 terbunuh, ratusan cedera dalam letupan gas di Abu Dhabi
Polis mengesahkan dua mangsa terkorban, manakala 120 lagi cedera dalam letupan silinder gas di sebuah restoran di Abu Dhabi, UAE. – Foto AGENSI

2 terbunuh, ratusan cedera dalam letupan gas di Abu Dhabi

ABU DHABI: Polis mengesahkan dua mangsa terkorban, manakala 120 lagi cedera dalam letupan silinder gas di sebuah restoran di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), semalam.

Menurut laporan awal polis di Twitter, daripada 120 yang cedera, 64 mangsa mengalami kecederaan ringan, 56 kecederaan biasa, manakala dua lagi meninggal dunia.

Polis berkata, letupan turut menyebabkan kebakaran dan merosakkan bahagian permukaan enam bangunan serta beberapa stor sebelum api dapat dikawal.

“Mangsa dari empat bangunan yang rosak selamat dipindahkan, dengan usaha sedang dijalankan untuk mencari kediaman sementara bagi penduduk,” katanya.





Sementara itu, beberapa keping gambar diedarkan polis Abu Dhabi menunjukkan pasukan keselamatan merawat mangsa, selain terdapat serpihan serta kaca yang pecah bertaburan di atas jalan.

Seorang saksi pula memberitahu akhbar nasional bahawa dirinya mendengar letupan ketika waktu tengah hari.

“Letupan pertama lebih perlahan bunyinya dan orang ramai mula menghubungi polis serta bomba.

“Kemudian ia disusuli dengan letupan lebih kuat sehingga menggegarkan tingkap dan beberapa pejabat, malah kaca juga bertaburan,” katanya yang enggan dikenali.

Pihak berkuasa bagaimanapun masih menyiasat punca kejadian termasuk kemungkinan perbuatan khianat.





UAE berada dalam keadaan berjaga-jaga sejak serangan dron dan peluru berpandu oleh pemberontak Yaman yang membunuh tiga pekerja minyak di Abu Dhabi pada 17 Januari lalu.

Sejak itu, pihak berkuasa berjaya menggagalkan tiga serangan serupa, termasuk satu yang didakwa oleh kumpulan militan dipercayai mempunyai hubungan dengan puak bersenjata pro-Iran di Iraq. – AFP

3 terbunuh dalam serangan disyaki Houthi atas Abu Dhabi

2 terbunuh, ratusan cedera dalam letupan gas di Abu Dhabi


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392





Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


PRU 15 Semakin Hampir, Karier Katak Dan Pengkhianat UMNO Akan Berakhir

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker