Anak Bekas Duta Tanam 102 Pokok Ganja, Mana Syed Saddiq?

Anak Bekas Duta Tanam 102 Pokok Ganja, Mana Syed Saddiq?

Anak Bekas Duta Tanam 102 Pokok Ganja, Mana Syed Saddiq?

Seorang anak kepada bekas duta Malaysia ke Indonesia ditahan atas dakwaan menanam dan memiliki 102 pokok ganja di Bentong, Pahang.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf  berkata, suspek disyaki menanam 68 pokok ganja di atas tanah.

Manakala 34 lagi anak pokok semaian di dalam beg plastik di vila kediaman bapanya yang berusia 78 tahun di Janda Baik.





Hasil ujian urin mendapati suspek positif dadah jenis ganja manakala bapanya negatif dan kedua-dua tidak ada rekod jenayah lampau.

Polis juga merampas ganja yang masih dalam proses pengeringan seberat 1,020 gram berjumlah RM2,500.

Nilai rampasan melibatkan jumlah RM61,200 selain mendapati suspek aktif dalam penanaman ganja sejak tahun 2015.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 6B dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Edisi Siasat menunggu respon dari Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.





Apakah beliau akan turut mempertahankan anak bekas duta tersebut sebagaimana komposer Yassin.

Walau bagaimanapun, Edisi Siasat mengucapkan tahniah kepada pasukan PDRM Pahang.

Tahniah juga diucapkan kepada Pengarah JSJ Narkotik Bukit Aman, Dato’ Ayob Khan.

Sejak beliau menerajui JSJ Narkotik Bukit Aman, banyak kejayaan PDRM membongkar dan menangkap sindiket dadah negara.

 





Anak Bekas Duta Tanam 102 Pokok Ganja, Mana Syed Saddiq?

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker