HANNA AQEELA SAH BERGELAR ISTERI PADA 13 MEI LALU

SELEPAS HAMPIR 8 TAHUN BERCINTA

HANNA AQEELA SAH BERGELAR ISTERI PADA 13 MEI LALU

HANNA AQEELA SAH BERGELAR ISTERI PADA 13 MEI LALU

“Alhamdulillah… Kami sebenarnya sudah bercinta hampir lapan tahun dan berdepan dengan LDR (hubungan jarak jauh) selama tiga tahun akibat pandemik. Akhirnya kami disatukan dalam satu ikatan perkahwinan,” tutur pelakon Hanna Aqeela yang berkongsi berita gembira dimana dia kini sudah sah bergelar isteri kepada akauntan, Muhammad Farid Sakri dalam satu majli akad nikah yang diadakan di Putra Glass Hall Shah Alam, Selangor pada 13 Mei lalu.

“Suami saya bekerja di Labuan, jadi kami buat masa ini terpaksa berjauhan seketika. Sekiranya dipermudahkan nanti, Insya-Allah… suami saya akan berpindah ke Kuala Lumpur.

“Saya dan suami merancang untuk berkahwin setelah keadaan kembali reda apabila negara berdepan dengan Covid-19. Kami menikah pada 13 Mei lalu disaksikan 100 tetamu manakala majlis resepsi pula keesokkan harinya di lokasi yang sama,” tambahnya.





Hanna, 32, berkata, selepas menjalani hubungan jarak jauh (LDR) bersama kekasihnya selama tiga tahun, mereka akhirnya disatukan dalam ikatan perkahwinan dua minggu lalu.

Jelas Hanna lagi, bukan mudah untuk menjalani hubungan jarak jauh namun kepercayaan itu dibina setelah bertahun-tahun bercinta. Hanna ketika dihubungi media berkongsi, tema majlis perkahwinannya yang diidamkan sejak dulu lagi berjaya dilaksanakan.

“Saya sudah lama mengidamkan untuk berkahwin dengan tema ‘ala ala garden’ tetapi memandangkan cuaca di Malaysia ini tidak menentu, jadi saya membawa ‘outdoor’ itu ke ‘indoor’. Syukur semuanya berjalan dengan lancar dan segalanya berjalan mengikut perancangan,” kata Hanna.





SAZALI SETUJU UBAH TARIKH HARI SENIMAN NEGARA

HANNA AQEELA SAH BERGELAR ISTERI PADA 13 MEI LALU


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392





Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


PRU 15 Semakin Hampir, Karier Katak Dan Pengkhianat UMNO Akan Berakhir

 





 

 

 

 

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker