Pakistan larang perarakan protes Imran Khan selepas polis terbunuh

Pakistan larang perarakan protes Imran Khan selepas polis terbunuh
Imran Khan semasa temu bual dengan Reuters di Islamabad, Pakistan pada 4 Jun 2021. – Foto REUTERS

Pakistan larang perarakan protes Imran Khan selepas polis terbunuh

ISLAMABAD: Kerajaan Pakistan hari ini melarang perarakan protes dirancang bekas Perdana Menteri yang digulingkan, Imran Khan.

Protes itu dirancang Imran bagi menuntut pelaksanaan pilihan raya susulan krisis ekonomi dan politik yang semakin meruncing di negara itu.

Menurut Menteri Penerangan, Marriym Auragzeb pada taklimat berita, larangan itu diumumkan Menteri Dalam Negeri, Rana Sanaullah selepas seorang anggota polis ditembak dan dibunuh dalam tindakan kekerasan terhadap pemimpin dan penyokong Imran.

Marriym berkata, salah seorang pegawai Imran dilaporkan menembak dan membunuh anggota polis itu.





Sementara itu, Rana pula berkata Kabinet sudah meluluskan larangan bagi penganjuran perhimpunan berkenaan.

“Tiada sesiapa yang dibenarkan untuk mengepung ibu negara dan menetapkan tuntutannya,” katanya.

Beliau berkata, Imran dan pembantunya menjadikan protes sebagai perarakan berdarah, yang tidak boleh dibenarkan selepas tindakan samanya pada 2014 yang berlangsung selama lebih empat bulan melumpuhkan negara.

Pada masa itu, Imran mengumpulkan ribuan orang untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya pada 2013.

Imran yang digulingkan bulan lalu melalui pelaksanaan undi percaya, mengetuai perhimpunan di seluruh negara, dengan menyalahkan Amerika Syarikat (AS) kerana berkomplot untuk menjatuhkan kerajaannya.





Pakistan amat memerlukan sokongan kewangan luar selepas rizab asingnya didapati jatuh di bawah AS$10.5 bilion (RM46.16 bilion), bersamaan dengan kurang daripada dua bulan nilai import.

Perdana Menteri, Shehbaz Sharif, yang menggantikan Imran bulan lalu, dilihat masih belum mengambil langkah berani ke arah mengembalikan ekonomi ke landasan.

Imran mendesak penyokongnya supaya berarak di Islamabad esok bagi memberi amaran terhadap kerajaan bahawa beliau tidak akan meninggalkan ibu negara sehingga Parlimen dibubarkan untuk mengadakan pilihan raya baharu.

Beliau juga berikrar untuk mengumpulkan puluhan ribu orang bagi mengadakan protes.

Sementara itu, Imran mencabar kerajaan yang cuba menghentikan perarakannya.





“Jika boleh, halanglah kami,” katanya kepada pemberita sambil menegaskan protes secara aman adalah haknya yang tidak boleh dinafikan. – REUTERS

Perarakan kemenangan Taliban guna aset tentera AS

Pakistan larang perarakan protes Imran Khan selepas polis terbunuh


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


PRU 15 Semakin Hampir, Karier Katak Dan Pengkhianat UMNO Akan Berakhir

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker