‘Pencapaian terburuk sejak 63 tahun lalu’

‘Pencapaian terburuk sejak 63 tahun lalu’
KUALA LUMPUR: Pencapaian diraih kontinjen Malaysia pada Sukan SEA 2021 disifatkan sebagai terburuk sejak temasya itu diperkenalkan pada 1959, apabila mengakhiri cabaran pada kedudukan keenam keseluruhan dengan membawa pulang 39 emas, 45 perak dan 90 gangsa.
Pemerhati sukan tempatan, Dr Pekan Ramli berkata walaupun berjaya melepasi sasaran 36 emas yang ditetapkan namun pencapaian itu bukan sesuatu boleh dibanggakan kerana Malaysia dianggap menghantar kontinjen yang besar kali ini terdiri daripada 589 atlet.
“Betul kita berjaya melepasi sasaran 36 emas yang ditetapkan tetapi kita berada di kedudukan keenam keseluruhan daripada 11 negara bertanding. Adakah itu standard kita berdasarkan kelebihan yang kita ada berbanding negara lain?
“Kita menghantar kontinjen yang besar kali ini berbanding Indonesia dan Singapura yang berada di atas kita. 0rang kata ini adalah pencapaian terburuk kita dalam tempoh 40 tahun tetapi berdasarkan kajian saya, ia sebenarnya adalah terburuk sejak Sukan SEA diperkenalkan iaitu 63 tahun lalu.
“Namun, di Vietnam, kita ada 40 acara sukan dan 525 emas yang ditawarkan tetapi kita bawa pulang 39 emas saja. Sebab itu saya katakan ini adalah pencapaian terburuk kerana kita perlu ambil kira jumlah acara sukan dan jumlah negara menyertainya,” katanya kepada BH Sukan.
Pekan menyarankan agar satu projek khas diwujudkan bagi membolehkan Malaysia mencabar diri menjadi juara keseluruhan di luar negara.
‘Pencapaian terburuk sejak 63 tahun lalu’
Disyorkan Untuk Anda :
- Cubaan Segelintir Hakim Menukar Amalan Perlembagaan Malaysia Mengikut Acuan Amalan Perlembagaan India
- Anak Bekas Duta Tanam 102 Pokok Ganja, Mana Syed Saddiq?
- Tengku Zafrul Calon Pelarian PRU 15 Cuba Minta Suaka Politik Dari UMNO
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.
PRU 15 Semakin Hampir, Karier Katak Dan Pengkhianat UMNO Akan Berakhir