PRU 15 Semakin Hampir, Karier Katak Dan Pengkhianat UMNO Akan Berakhir

PRU 15 Semakin Hampir, Karier Katak Dan Pengkhianat UMNO Akan Berakhir

PRU 15 Semakin Hampir, Karier Katak Dan Pengkhianat UMNO Akan Berakhir

Dari sumber dalaman, Edisi Siasat dimaklumkan majoriti kabinet sudah mula membayangkan parlimen akan dibubarkan sebaik sahaja tarikh MoU dengan PH berakhir.

Dengan persetujuan kabinet bermakna Ismail Sabri sudah kehabisan alasan untuk membubarkan parlimen.

namun kita mesti akur, kuasa menasihati YDP Agong supaya membubarkan parlimen adalah kuasa prerogatif Perdana Menteri.





Maka ramailah antara menteri kabinet sekarang yang merasakan layak bertanding semula sudah mula melobi.

Khabarnya ramai cuba mengintai untuk menjadi calon BN/UMNO kerana yakin BN akan membuat ‘comeback’ dengan kemenangan besar dalam PRU 15 nanti.

Yang sememangnya setia dengan BN/UMNO ketika susah dan senang, dijangkakan tidak menghadapi masalah utnuk dicalonkan semula.

Yang tengah pening kepala ialah katak-katak yang melompat dan juga ahli parlimen UMNO yang selama ini kerap menikam UMNO dari depan dan belakang.

Untuk merampas semula Putrajaya sepenuhnya, kemenangan setiap calon adalah sangat penting.





Masalah yang dihadapi pengkhianat UMNO bukan sahaja ditolak pucuk kepimpinan UMNO, malah akar umbi UMNO juga menolak mereka.

Mungkin mereka bernasib baik kalau dicalonkan semula oleh kepimpinan parti.

Tetapi tidak ada jaminan mereka akan diundi oleh akar umbi dan rakyat tempatan.

Pucuk pimpinan sudah pasti tidak mahu mengambil risiko kekalahan di kawasan yang hampir pasti boleh menang.

PRU 15 Semakin Hampir, Karier Katak Dan Pengkhianat UMNO Akan Berakhir

Bagi katak-katak politik UMNO yang melompat ke PPBM, sumber dalaman memaklumkan kami lobi sedang giat dijalankan agar mereka diterima kembali oleh UMNO.





Tetapi dengan syarat mereka dicalonkan semula.

Mungkin katak-katak politik nie mabuk ketum agaknya.

Kita tidak pasti, mungkin mereka fikir mereka mempunyai pengaruh yang sangat besar.

Atau pun mereka fikir mereka adalah tunjang kekuatan UMNO selama ini.

Mungkin bagi mereka, tanpa mereka, UMNO pasti akan menerima kekalahan yang sangat besar dalam PRU 15 nanti.





Kalau mereka bermimpi, biar kami kejutkan mereka dari mimpi.

Tanpa mereka dan dengan permainan pengkhianat UMNO dari dalam parti, UMNO telah mencapai kemenangan dalam 7 pilihanraya kecil dan 2 pilihanraya negeri.

UMNO tidak memerlukan makhluk perosak seperti mereka.

Malah tanpa mereka, UMNO sudah berjaya membentuk imej yang baharu di kalangan rakyat Malaysia.

Dalilnya ialah sokongan rakyat sama ada di media sosial mahu pun di peti undi kepada UMNO makin meningkat dari hari ke hari.





Yang kami lihat, tarikh akhir karier politik mereka semakin hampir.

Sebaik sahaja Ismail Sabri mengumumkan pembubaran parlimen, maka sudah bolehlah mereka memohon lesen untuk berniaga roti canai atau pun cendol.

 

PRU 15 Semakin Hampir, Karier Katak Dan Pengkhianat UMNO Akan Berakhir

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker