SPRM tahan 6 pengarah, pemilik syarikat

SPRM tahan 6 pengarah, pemilik syarikat
Foto hiasan

SPRM tahan 6 pengarah, pemilik syarikat

ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam lelaki bagi membantu siasatan kes mengemukakan penyata akaun bank syarikat yang mengandungi butiran palsu kepada sebuah syarikat pembersihan di negeri ini pada 2019.

Menurut sumber SPRM, kesemua mereka berusia 38 hingga 49 tahun itu yang juga pengarah dan pemilik syarikat, ditahan di Kedah serta Kuala Lumpur, semalam.

“Seorang daripada mereka ditahan di Pejabat SPRM Kedah, manakala lima lagi di SPRM Kuala Lumpur antara jam 10.28 pagi hingga 5.24 petang,” katanya.

Kesemua suspek itu disyaki menggunakan penyata akaun bank syarikat yang palsu dalam permohonan tender Penswastaan ​​Pengumpulan Sisa Pepejal dan Pengurusan Pembersihan Awam di Wilayah Utara.





Susulan itu, sumber berkata, SPRM merekodkan percakapan mereka dan saksi, selain mendapatkan dokumen yang relevan dalam kes berkenaan.

“Kesemuanya akan dilepaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 hingga RM15,000 serta penjamin,” katanya.

Sementara itu Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap, mengesahkan tangkapan berkenaan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – BERNAMA

SPRM tahan 21 individu bantu kes penyata palsu





SPRM tahan 6 pengarah, pemilik syarikat


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


PRU 15 Semakin Hampir, Karier Katak Dan Pengkhianat UMNO Akan Berakhir





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker