Tengku Zafrul Calon Pelarian PRU 15 Cuba Minta Suaka Politik Dari UMNO

Tengku Zafrul Calon Pelarian PRU 15 Cuba Minta Suaka Politik Dari UMNO

Tengku Zafrul Calon Pelarian PRU 15 Cuba Minta Suaka Politik Dari UMNO

Sama ada cuba ditangguhkan hingga ke hujung penggal atau parlimen dibubarkan tahun ini, kenyataannya ialah PRU 15 semakin dekat.

Maka ramailah ali parlimen sama ada yang mempunyai parti atau dari parti BEBAS sudah mula melobi untuk bertanding semula.

Ramai di antara mereka yang berhajat untuk bertanding di atas tiket UMNO/BN.





Sebabnya mudah, kerana mereka yakin akan dapat terus menjadi ahli parlimen sekiranya bertanding di atas tiket BN/UMNO dalam PRU 15.

Turut sama mengintai untuk bertanding di bawah kerusi BN/UMNO ialah senator-senator yang dilantik di era Mahiaddin.

Antara yang dilihat agresif cuba mencari tempat ialah Menteri Kewangan, Senator Tengku Zafrul.

Awal tahun lepas, Tengku Zafrul dilihat cuba ‘melabur’ di parlimen Rembau.

Tetapi ‘pelaburan’ Tengku Zafrul lebur, apabila Timbalan Presiden UMNO, Tok Mat Hassan mengumumkan akan bertanding di parlimen Rembau dalam PRU 15.





Tapi biasalah bagi ‘budak baru nak up’ macam Tengku Zafrul, tak faham mesej yang disampaikan.

Tak boleh nak salahkan Tengku Zafrul juga, sebab buat kata orang Perancis, dia nie coghodek buah pelior, orang masuk dalam, dia duduk luor.

Tengku Zafrul sepatutnya faham bila Timbalan Presiden UMNO buat pengumuman sailang sebaik sahaja Tengku Zafrul mula melabur.

Maksudnya, Tok Mat Hassan bukan sahaja tidak mahu beliau bertanding di Rembau, tetapi juga bertanding atas tiket UMNO.

Tok Mat Hassan tu Pengarah Pilihanraya UMNO dan BN yob…





Takkan tak faham lagi bila Tok Mat Hassan dah sailang macam tu.

Boleh pula dengan muka tak malu, cuba melabur di Kuala Pilah, lepas tu cuba pula di Sungai Besar dan Tg Karang!!!

Betul-betul macam pelarian politik yang minta suaka politik dari UMNO.

Bukankah selama menjadi Menteri Kewangan, Tengku Zafrul sangat-sangat taat pada perintah Mahiaddin Md Yasin.

Jadi, pergilah bertanding dengan tiket PPBM, buat apa nak menyibuk dengan UMNO!!!





 

Tengku Zafrul Calon Pelarian PRU 15 Cuba Minta Suaka Politik Dari UMNO

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker