Tiket PETRONAS Terbuka Malaysia mula dijual Khamis

Tiket PETRONAS Terbuka Malaysia mula dijual Khamis
KUALA LUMPUR: Peminat badminton tempatan boleh mula membeli tiket untuk Kejohanan PETRONAS Terbuka Malaysia 2022 yang akan dijual bermula jam 2 petang Khamis ini.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerusi satu kenyataan berkata, tiket yang bermula dari harga RM25 hingga RM500 itu boleh dibeli menerusi laman web www.myticket.asia.
Kejohanan berprestij itu akan berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil bermula 28 Jun hingga 3 Julai depan dan bakal menyaksikan kehadiran barisan pemain terbaik dunia menyertainya.
“Kejohanan tahun ini menggunakan nama baharu dan akan dikenali sebagai PETRONAS Terbuka Malaysia 2022. Kami berbesar hati untuk mempunyai jenama global bersama kami dan berterima kasih kepada PETRONAS atas sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi,” kata Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh.
PETRONAS Terbuka Malaysia 2022 adalah salah satu daripada lima kejohanan utama di bawah kalendar Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah AS$675,000 (RM2.96 juta)
Ketika edisi terakhir penganjurannya pada 2019, jaguh China, Lin Dan muncul juara perseorangan lelaki manakala Tai Tzu Ying memenangi perseorangan wanita.
PRU 15 Semakin Hampir, Karier Katak Dan Pengkhianat UMNO Akan Berakhir
Tiket PETRONAS Terbuka Malaysia mula dijual Khamis
Disyorkan Untuk Anda :
- Cubaan Segelintir Hakim Menukar Amalan Perlembagaan Malaysia Mengikut Acuan Amalan Perlembagaan India
- Anak Bekas Duta Tanam 102 Pokok Ganja, Mana Syed Saddiq?
- Tengku Zafrul Calon Pelarian PRU 15 Cuba Minta Suaka Politik Dari UMNO
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.
PRU 15 Semakin Hampir, Karier Katak Dan Pengkhianat UMNO Akan Berakhir