BEKAS SUAMI ZIANA ZAIN DIDENDA RM8,000

TERLEPAS HUKUMAN PENJARA,  HAKIM PESAN BAPA & ANAK JANGAN PUTUS HUBUNGAN

BEKAS SUAMI ZIANA ZAIN DIDENDA RM8,000

Di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor, pada Rabu, Hakim Hasbullah Adam telah menetapkan denda RM8,000 ke atas bekas suami kepada penyanyi Ziana Zain iaitu Armin Zaharin Ahmad Zambri, 57, sekaligus mengetepikan hukuman penjara lapan bulan yang dijatuhi Mahkamah Majistret pada 28 September 2020.

Namun sekiranya gagal membayar denda, bekas pramugara itu diperintahkan menjalani hukuman penjara enam bulan. Dalam prosiding keputusan rayuan itu, mahkamah menolak untuk mengetepikan sabitan terhadap Armin Zaharin mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, mahkamah turut memerintahkan wang jaminan RM8,000 dikembalikan kepada Armin Zaharin sebagai perayu. Hasbullah dalam penghakimannya berharap hukuman itu menjadi pengajaran dan menasihatkan Armin supaya lebih mengawal diri pada masa hadapan.





“Hubungan anak dengan bapa tidak akan putus. Anak tetap anak. Sampai mati pun tetap anak, jangan putus hubungan,” tegurnya.

Sebelum ini, Majistret Sabreena Bakar @ Bahari menjatuhi hukuman penjara lapan bulan terhadap Armin Zaharin selepas didapati bersalah dengan sengaja menyebabkan luka dan lebam di tangan anak lelakinya yang berumur 9 tahun menggunakan sebatang rotan.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Denai Alam di sini pada pukul 8 malam hingga 10.30 malam pada 24 Februari 2018. Seramai 10 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan termasuk mangsa manakala pembelaan mengemukakan seorang saksi iaitu Armin Zaharin.

Sepanjang prosiding rayuan bermula Januari tahun lalu, peguam Amir Farid Mohd. Nawawi dan Danish Manoharan mengemukakan asas rayuan mengenai kewajaran hukuman penjara lapan bulan tersebut.






​Disyorkan Untuk Anda :

“Sekiranya betul anak guam saya bersalah, lapan bulan penjara itu tidak munasabah bagi seorang bapa yang merotan ketika mengajar anaknya mengaji,” jelasnya.

Timbalan Pendakwa Raya Shukor Abu Bakar menegaskan hukuman itu mengambil kira atas beberapa faktor antaranya jenis kecederaan yang telah terakibat daripada penderaan itu dan kesannya ke atas fizikal, mental dan emosi mangsa.

“Selain itu, tempoh tertuduh melakukan dan kekerapan penderaan ke atas mangsa,” jelasnya.

Untuk makluman, Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain dan Armin Zaharin bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 12 Julai 2018.

INI RESPON ZIANA BILA ADIKNYA, ANUAR ZAIN DIDAKWA ‘GAY’ OLEH VIDA





BEKAS SUAMI ZIANA ZAIN DIDENDA RM8,000


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Dakwaan Ramkarpal Singh Rakaman Audio 2016 Mencemarkan Imej SPRM Tidak Berasas





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker