Bintang Mesir sambung kontrak bersama Arsenal

Bintang Mesir sambung kontrak bersama Arsenal
LONDON: Pemain tengah Arsenal, Mohamed Elneny menandatangani kontrak baharu dengan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) berkenaan.
Pemain antarabangsa Mesir itu menjaringkan lima gol dalam 147 penampilan sejak tiba di Emirates dari kelab Switzerland, Basel pada 2016.
Tempoh perjanjian baharu pemain berusia 29 tahun itu belum didedahkan oleh The Gunners.
Pengurus pasukan, Mikel Arteta memberitahu laman web kelab: “Mo adalah pemain yang sangat penting dalam pasukan. Dia menyumbang tenaga, semangat dan komitmen kepada pasukan dan disayangi semua orang.
“Dia pemain penting untuk kami di dalam dan luar padang, contoh sebenar kepada pemain muda kami dan saya gembira dia kekal.”
Elneny membuat 14 penampilan di liga utama musim ini ketika Arsenal menduduki tempat kelima dalam EPL selain turut membantu negaranya mara ke final Piala Negara-Negara Afrika yang menyaksikan mereka tewas dalam penentuan penalti di tangan Senegal.
Dia menjulang Piala FA pada musim pertamanya di utara London dan menghabiskan kempen 2019/20 secara pinjaman di kelab Turki, Besiktas.
“Saya menyukai kelab ini dan merasai sebahagian daripada keluarga ini,” kata Elneny.
“Saya mahu terus berada di kelab yang menakjubkan dan saya sangat gembira serta teruja untuk masa depan.”
– AFP
Guru besar beri kontrak kepada syarikat milik keluarga ditahan SPRM
Bintang Mesir sambung kontrak bersama Arsenal
Disyorkan Untuk Anda :
- PRU 15 Semakin Hampir, Karier Katak Dan Pengkhianat UMNO Akan Berakhir
- Rahsia Yang Cuba Di Sembunyikan Di Sebalik Peratusan Mengundi Rendah Pemilihan PKR
- Isu Kutti Di Gunakan Untuk Melempiaskan Amarah Mahathir
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.
Dakwaan Ramkarpal Singh Rakaman Audio 2016 Mencemarkan Imej SPRM Tidak Berasas