Dakwaan Ramkarpal Singh Rakaman Audio 2016 Mencemarkan Imej SPRM Tidak Berasas

Dakwaan Ramkarpal Singh Rakaman Audio 2016 Mencemarkan Imej SPRM Tidak Berasas

Dakwaan Ramkarpal Singh Rakaman Audio 2016 Mencemarkan Imej SPRM Tidak Berasas

Ahli Parlimen DAP, Ramkarpal Singh mendakwa imej SPRM sudah pun tercemar sejakĀ pendedahan rakaman audio antara DS Najib dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu oleh mantan KP SPRM Latheefa Koya.

Beliau membuat kenyataan itu sebagai membidas kenyataan yang di buat oleh bekas Ketua Hakim Negara, Md Raus Sharif.

Dalam kenyataan awal, Md Raus Sharif mendakwa imej SPRM telah tercemar sejak Latheefa Koya dilantik sebagai KP SPRM atas tiket lantikan politik.





Bagi Edisi Siasat ada asasnya dakwaan bekas Ketua Hakim tersebut.

Pertama, pendedahan rakaman audio yang dibuat oleh Latheefa Koya ternyata bermotifkan politik dan boleh dianggap sebagai memberikan tekanan ke atas perbicaraan kes SRC dan 1MDB yang dihadapi oleh mantan Perdana Menteri, DS Najib.

Jelas Latheefa Koya cuba mewujudkan ‘public judgement’ ke atas perbicaraan kes SRC dan 1MDB.

Dengan pendedahan rakaman audio tersebut, jelas Latheefa Koya sudah pun mendahului mahkamah dengan menuduh DS Najib bersalah sebelum mahkamah sendiri membuat keputusan.

Apa Kesudahan Pendedahan Rakaman Audio Tersebut?

Hingga ke hari ini, sudahkah siasatan terperinci dilakukan ke atas rakaman audio tersebut?





Sudahkah kesahihan rakaman audio tersebut disahkan?

Apa keputusan siasatan ke atas rakaman audio tersebut?

Pelbagai soalan masih lagi belum mendapat jawapan yang tuntas tetapi Latheefa Koya sudah pun mendedahkannya ke seluruh dunia.

Sekiranya Latheefa Koya yakin rakaman audio tersebut adalah asli, kenapa tidak diserahkan kepada pihak Jabatan Peguam Negara untuk dikemukakan sebagai bukti baharu kes yang sedang berjalan?

Atau adakah Latheefa Koya menjadi budak suruhan pihak tertentu untuk mendedahkan rakaman audio tersebut?





Kalau ianya benar, betapa murahnya maruah Latheefa Koya kerana sanggup menjual maruah diri sebagai KP SPRM dan maruah keseluruhan SPRM demi memuaskan hati pihak tertentu.

Kepada Ramkarpal Singh, bukan rakaman audio itu yang mencemarkan maruah SPRM kerana kesahihan rakaman tersebut masih lagi menjadi tandatanya.

Tetapi tindakan Latheefa Koya yang mendedahkan rakaman tersebut tanpa mengetahui ianya palsu atau tidak, telah mencemarkan imej SPRM.

Jadi tidak hairanlah Latheefa Koya meletakkan jawatan sebaik sahaja Pakatan Harapan tumbang!!!

 





Dakwaan Ramkarpal Singh Rakaman Audio 2016 Mencemarkan Imej SPRM Tidak Berasas

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker