EU turut sekat import minyak Russia

EU turut sekat import minyak Russia
BERLIN: Kesatuan Eropah (EU) dijangka bersetuju untuk mengenakan sekatan import minyak ke atas Russia ‘dalam masa beberapa hari’, menurut anggota terbesarnya Jerman.
Usul itu dibuat ketika Moscow berkata ia melihat hubungan ekonominya berkembang dengan China selepas diasingkan negara Barat ekoran pencerobohan Ukraine.
Pada masa sama, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, memberitahu pemimpin perniagaan global di Davos kelmarin bahawa dunia mesti meningkatkan sekatan terhadap Russia untuk menghalang negara lain daripada menggunakan ‘kekerasan’ untuk mencapai matlamat mereka.
Kebanyakan 27 negara anggota EU sangat bergantung pada baham tenaga Russia, menyebabkan kritikan daripada Kyiv bahawa blok itu tidak bergerak cukup pantas untuk menghentikan bekalan.
Hungary pula berpegang pada tuntutannya bagi pelaburan tenaga sebelum ia bersetuju dengan sekatan sedemikian, bertelagah dengan negara EU lain yang mendesak untuk mendapatkan kelulusan segera.
EU menawarkan sehingga 2 bilion euro (RM9.4 bilion) kepada sebilangan negara Eropah tengah dan timur yang kekurangan bekalan bahan tenaga bukan Russia.
“Kami akan mencapai persetujuan dalam beberapa hari,” kata Menteri Ekonomi Jerman, Robert Habeck, kepada penyiar ZDF.
Disyorkan Untuk Anda :
- Cubaan Segelintir Hakim Menukar Amalan Perlembagaan Malaysia Mengikut Acuan Amalan Perlembagaan India
- Anak Bekas Duta Tanam 102 Pokok Ganja, Mana Syed Saddiq?
- Tengku Zafrul Calon Pelarian PRU 15 Cuba Minta Suaka Politik Dari UMNO
Suruhanjaya Eropah (EC) dan Amerika Syarikat (AS) sedang berusaha secara selari dengan cadangan mahu membataskan harga minyak global, katanya.
“Ia jelas menjadi langkah luar biasa, tetapi ini adalah masa yang luar biasa,” kata Habeck.
Pencerobohan Russia selama tiga bulan, serangan terbesar ke atas sebuah negara Eropah sejak 1945, menyaksikan lebih 6.5 juta orang melarikan diri ke luar negara, meruntuhkan seluruh bandar, dan mendorong sekatan Barat yang tidak pernah berlaku sebelum ini ke atas Russia.
Dalam satu petanda simbolik selanjutnya berkaitan pengasingan Russia, syarikat rangkaian kopi AS, Starbucks, menjadi jenama Barat terbaru yang mengumumkan ia menarik diri dari Russia.
Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov, berkata Kremlin akan menumpukan pada pembangunan hubungan dengan China apabila hubungan ekonomi dengan AS dan Eropah terputus.
“Jika mereka (Barat) ingin menawarkan sesuatu dari segi menyambung semula hubungan, maka kami akan menimbangkan dengan serius sama ada kami memerlukannya atau tidak.
“Dengan Barat sekarang mengambil ‘kedudukan diktator’, hubungan ekonomi kami dengan China akan berkembang lebih cepat,” katanya dalam satu kenyataan di laman sesawang kementerian luar negara itu. – REUTERS
EU turut sekat import minyak Russia
Disyorkan Untuk Anda :
- PRU 15 Semakin Hampir, Karier Katak Dan Pengkhianat UMNO Akan Berakhir
- Rahsia Yang Cuba Di Sembunyikan Di Sebalik Peratusan Mengundi Rendah Pemilihan PKR
- Isu Kutti Di Gunakan Untuk Melempiaskan Amarah Mahathir
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.
Dakwaan Ramkarpal Singh Rakaman Audio 2016 Mencemarkan Imej SPRM Tidak Berasas