Gangguan seksual: Jurulatih wushu didakwa esok

Gangguan seksual: Jurulatih wushu didakwa esok
Gambar hiasan. – Foto fail BERNAMA

Gangguan seksual: Jurulatih wushu didakwa esok

KUALA LUMPUR: Seorang jurulatih wushu yang ditahan kerana disyaki melakukan gangguan seksual ke atas seorang atlet bawah umur kendaliannya di Kajang pada 11 Mei lalu, akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Putrajaya esok.

Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata lelaki berusia 31 tahun itu akan didakwa di mahkamah itu pada jam 9 pagi atas kesalahan melakukan gangguan seksual terhadap kanak-kanak.

“Lelaki berkenaan akan didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dengan 10 pertuduhan atas kesalahan melakukan gangguan seksual terhadap mangsa.

“Dia juga akan didakwa dengan satu pertuduhan mengikut Seksyen 16(1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 atas kesalahan orang yang mempunyai hubungan amanah iaitu jurulatih telah melakukan kesalahan seksual terhadap mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.





Sebelum ini, katanya, pengadu iaitu bapa kepada mangsa mendakwa bahawa anaknya mengalami gangguan seksual dilakukan jurulatih wushu terbabit di rumah jurulatih itu pada 11 Februari lalu hingga 19 Februari lalu.

Mohd Zaid berkata, mangsa didatangi suspek yang kemudian melakukan gangguan seksual atas alasan gagal mematuhi arahan.


​Disyorkan Untuk Anda :


Pada 11 Mei lalu, seorang jurulatih wushu ditahan di rumahnya di Taman Kajang Mewah di Kajang selepas dipercayai melakukan amang seksual ke atas mangsa yang berusia 13 tahun itu.

Tangkapan dilakukan Polis Selangor susulan laporan dibuat bapa kepada atlet terbabit pada 10 Mei lalu, sebelum suspek diserahkan kepada Polis Kuala Lumpur kelmarin untuk meneruskan siasatan lanjut.

Sementara itu, Polis Kuala Lumpur, hari ini memaklumkan suspek disahkan terbabit tiga lagi kes sama termasuk dua di Kuala Lumpur.





Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji dipetik berkata, dua laporan polis diterima pihaknya mengenai kes cabul membabitkan suspek masing-masing di Cheras dan Brickfields.

Berdasarkan laporan, katanya mangsa berusia 12 tahun mendakwa kejadian berlaku April lalu di Cheras, manakala mangsa kedua berusia 13 tahun mendakwa kejadian cabul membabitkan jurulatih wushu itu berlaku antara 2020 hingga 2022 di daerah Brickfields.

“Laporan polis dibuat pertengahan bulan ini dan siasatan kes sedang dilengkapkan untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya sebelum mendapatkan arahan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, sehingga kini, siasatan mengesahkan suspek terbabit empat kes cabul masing-masing dua di Kuala Lumpur dan Selangor.

“Siasatan kita mendapati modus operandi suspek adalah memperdaya dengan mengajak mangsa menaiki kereta untuk bersiar-siar dan suspek akan mengambil kesempatan mencabul mangsa di dalam kenderaan terbabit,” katanya.





Siasatan kes gangguan seksual, Ebit dan isteri sekali lagi dipanggil Bukit Aman

Gangguan seksual: Jurulatih wushu didakwa esok


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.





Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Dakwaan Ramkarpal Singh Rakaman Audio 2016 Mencemarkan Imej SPRM Tidak Berasas

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker