IFA RAZIAH KESAL VIDEO DISUNTING JADI FITNAH
TERIMA TEGURAN USTAZAH ISU TAK TUTUP AURAT TETAP DIJEMPUT TUNAI UMRAH
IFA RAZIAH KESAL VIDEO DISUNTING JADI FITNAH
“Orang yang edit video itu salah. Apa yang dia muat naik tidak seperti yang saya katakan ketika membuat live di media sosial. Kalau orang tonton video penuh saya, mereka tahu apa yang saya maksudkan. Video yang dimuat naik oleh individu tersebut telah menimbulkan fitnah.
“Saya tidak akan maafkan dia,” ujar penyanyi dan pengacara Ifa Raziah yang kecewa apabila sebuah video pendek yang memaparkan kenyataannya tentang dijemput menunaikan umrah biarpun belum berhijab tular sehingga mencetuskan kemarahan ramai.
Menurut Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha, 47, video yang tersebar tersebut sudah disunting pihak tidak bertanggungjawab dan menimbulkan fitnah terhadap dirinya.
Terdahulu, kenyataan Ifa tentang sudah dijemput menunaikan umrah walaupun belum menutup aurat menerima pelbagai respons termasuk beberapa ustazah. Dalam satu kenyataan di Facebook pada Rabu, Ustazah Asma’ Harun menegur kenyataan itu dan berkongsi hukum menutup aurat dan menunaikan umrah.
Menurut Ustazah Asma’ ramai yang salah faham mengenai keutamaan ini dan menyebabkan perkara wajib (menutup aurat) dilengah-lengahkan sementara yang sunat pula dikejar.
Sementara itu, Ifa menerima teguran tersebut dengan hati terbuka dan berharap semua pihak tidak melaga-lagakan mereka dengan isu tersebut.
“Ustazah hanya bercakap secara umum dan langsung tidak menyebut nama saya. Saya tidak salahkan dia kerana dia bercakap untuk memberi ceramah. Janganlah melaga-lagakan saya dengan dia kerana isu tersebut,” katanya.
Disyorkan Untuk Anda :
- Cubaan Segelintir Hakim Menukar Amalan Perlembagaan Malaysia Mengikut Acuan Amalan Perlembagaan India
- Anak Bekas Duta Tanam 102 Pokok Ganja, Mana Syed Saddiq?
- Tengku Zafrul Calon Pelarian PRU 15 Cuba Minta Suaka Politik Dari UMNO
Dalam pada itu, Ifa menjelaskan, dia tidak berniat untuk mencari individu yang menyebarkan video tersebut kerana tidak mendatangkan sebarang faedah. Dia juga yang sudah lali dikecam dan tidak pernah ambil pusing dengan setiap kata-kata negatif kerana percaya perbuatan jahat itu akan dibalas dengan kebaikan terhadap dirinya.
“Tak perlulah saya nak cari siapa yang sebarkan video tersebut. Buang masa sahaja. Walau saya boleh ambil tindakan saman, tetapi lebih baik berdiam sahaja. Selama saya berada dalam industri, pelbagai kontroversi tentang diri saya sebelum ini. Namun saya tidak pernah ambil pusing kerana saya tahu apa yang saya lakukan.
“Saya ini bukanlah ustazah. Hanya orang biasa yang sentiasa mahu memperbaiki diri menjadi seorang yang lebih baik. aya juga percaya apabila orang bercakap buruk sebegini akan ada benda baik untuk saya. Mungkin show akan bertambah dan produk saya semakin laris,” jelasnya.
IFA RAZIAH KESAL VIDEO DISUNTING JADI FITNAH
Disyorkan Untuk Anda :
- PRU 15 Semakin Hampir, Karier Katak Dan Pengkhianat UMNO Akan Berakhir
- Rahsia Yang Cuba Di Sembunyikan Di Sebalik Peratusan Mengundi Rendah Pemilihan PKR
- Isu Kutti Di Gunakan Untuk Melempiaskan Amarah Mahathir
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.
Dakwaan Ramkarpal Singh Rakaman Audio 2016 Mencemarkan Imej SPRM Tidak Berasas