Imran Khan ketuai tunjuk perasaan

Imran Khan ketuai tunjuk perasaan
Imran Khan mengetuai konvoi ribuan penyokong ke Islamabad. – Foto AGENSI

Imran Khan ketuai tunjuk perasaan

ISLAMABAD: Bekas Perdana Menteri Pakistan yang disingkirkan, Imran Khan tiba di Islamabad hari ini bersama ribuan penyokongnya bagi menghadiri perarakan besar-besaran yang cuba disekat kerajaan Pakistan, dengan pertempuran berlaku antara polis dan penunjuk perasaan.

Sejak disingkirkan menerusi undi tidak percaya bulan lalu, bintang kriket yang menjadi ahli politik itu meningkatkan tekanan terhadap gabungan baharu kerajaan yang rapuh dengan mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran dan mendakwa beliau disingkirkan kerana ‘konspirasi asing’.

Dalam pertembungan utama dengan pesaingnya, Imran menggesa penyokong parti Tehreek-e-Insaf Pakistan (PTI) berkonvoi ke Islamabad dan duduk bantah sehingga pilihan raya baharu diumumkan.

“Saya ingin mengingatkan anda semua apa yang kita lakukan adalah jihad, bukan politik. Ini pergelutan kita untuk mencapai kebebasan sebenar,” katanya dalam satu mesej video.





Imran menyertai tunjuk perasaan itu secara dramatik dengan tiba menaiki helikopter dan mendarat di atas jalan raya yang dipenuhi penyokongnya di luar bandar Mardan, 100 kilometer di barat laut Islamabad.

Konvoinya disertai sekitar 25,000 penyokong, bermula di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, dan bergerak di atas jalan raya sebelum tiba ke Islamabad sekitar tengah malam tadi.

Kerajaan Pakistan pimpinan Perdana Menteri, Shehbaz Sharif, berikrar untuk menghalang penunjuk perasaan daripada memasuki ibu negara itu dan menyifatkannya sebagai cubaan ‘memecah belah negara dan mencetus huru-hara’.

Namun, ketika perbicaraan kecemasan Mahkamah Agung semalam, hakim memberi kebenaran untuk tunjuk perasaan diadakan di pinggir bandar itu, namun Imran menegaskan akan tetap bergerak menuju ke tengah bandar seperti dirancang.

Susulan itu, polis melonggarkan beberapa sekatan jalan raya menuju ke Islamabad, yang dilaksanakan menggunakan kontena kapal di beberapa laluan masuk dan keluar utama.





“Kami mengundinya dan kuasa asing menggulingkan beliau daripada kuasa. Kami tidak akan benarkan ketidakadilan ini berterusan,” kata Afzal Ali, 29, selepas menyertai konvoi itu. – AGENSI

Imran Khan akan ketuai perhimpunan di Islamabad desak pilihan raya

Imran Khan ketuai tunjuk perasaan


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Dakwaan Ramkarpal Singh Rakaman Audio 2016 Mencemarkan Imej SPRM Tidak Berasas

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker