Lebih 200 kes cacar monyet dikesan seluruh dunia

Lebih 200 kes cacar monyet dikesan seluruh dunia
Gambar fail menunjukkan tangan individu yang dijangkiti penyakit cacar monyet. – Foto AGENSI

Lebih 200 kes cacar monyet dikesan seluruh dunia

Menurut nota epidemiologi itu, kebanyakan kes dikesan ketika ini terdiri dalam kalangan lelaki muda, khususnya yang menjalin hubungan seks sesama jenis.

United Kingdom yang jarang merekodkan kes cacar monyet mula mengesan wabak itu awal bulan ini, dan kini mencatat jumlah jangkitan terbesar dengan 71 kes, disusuli Sepanyol (59) dan Portugal (37).

Di luar Eropah, Kanada merekodkan 15 kes serta sembilan kes di Amerika Syarikat (AS), dengan jumlah kes keseluruhan setakat semalam meningkat lima kali ganda sejak mula dikira pada 20 Mei lalu yang hanya mencatat 38 kes pada waktu itu.

Awal minggu ini, ECDC memaklumkan risiko jangkitan wabak itu adalah amat rendah, namun memberi amaran individu yang menjalin hubungan seks dengan ramai pasangan tanpa mengira orientasi seksual adalah lebih berisiko.





Cacar monyet, wabak yang kurang serius berbanding cacar (small pox), dikategorikan sebagai endemik di 11 negara di Barat dan Afrika Tengah.

Di Madrid, Sepanyol akan membeli vaksin cacar monyet Imvanex keluaran syarikat Denmark, Bavarian Nordic, ketika jumlah jangkitan wabak di negara itu meningkat kepada 59 kes.

Menteri Kesihatan Sepanyol, Carolina Darias, mengumumkan perkara itu dalam satu sidang media, namun tidak memperincikan jumlah dos yang diperlukan.

“Kami akan agihkan vaksin itu mengikut jumlah keperluan bagi setiap 17 wilayah di Sepanyol,” katanya.

Kebanyakan jangkitan dikesan di seluruh dunia setakat ini tidak serius dan kes dilaporkan berlaku dalam kalangan lelaki yang menjalin hubungan seks sesama jenis dengan gejala termasuk demam dan ruam yang timbul. – AFP





Cacar monyet semakin pantas merebak

Lebih 200 kes cacar monyet dikesan seluruh dunia


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.





Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Dakwaan Ramkarpal Singh Rakaman Audio 2016 Mencemarkan Imej SPRM Tidak Berasas

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker