Pekan Sekinchan, sekitar dilanda banjir

Pekan Sekinchan, sekitar dilanda banjir
Keadaan banjir kilat di pekan Sekinchan susulan hujan lebat dan fenomena air pasang besar, hari ini – Foto NSTP/Bomba.

Pekan Sekinchan, sekitar dilanda banjir

SEKINCHAN: Kira-kira 100 rumah penduduk di sekitar kawasan ini terjejas akibat banjir kilat susulan hujan lebat dan fenomena air pasang besar, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 1.45 petang.

Bagaimanapun, beliau berkata, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka kerana keadaan terkawal.

“Sepasukan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan dikerahkan ke tempat kejadian.





“Hasil pemeriksaan mendapati kawasan yang terbabit banjir ialah Kampung Penerangan, pekan Sekinchan dan Jalan Aman Jaya 2 yang dinaiki air setinggi 0.5 meter.

“Selain rumah penduduk, beberapa jalan utama turut dilanda banjir namun keadaan masih terkawal dan tiada pemindahan mangsa setakat petang ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

“Kita sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan berlaku banjir lebih teruk di kawasan berkenaan,” katanya.

Sementara itu, di daerah Kuala Selangor pula, seramai tujuh keluarga di Kampung Sri Aman, Ijok terpaksa keluar dari rumah masing-masing akibat banjir kilat susulan hujan lebat berterusan selama beberapa jam.

Pekan Sekinchan, sekitar dilanda banjir
Keadaan GiatMARA Sekinchan yang dilanda banjir kilat menyebabkan salah seorang pelajarnya terkena renjatan elektrik selepas memegang corong peniup, hari ini. – Foto ihsan Bomba

Norazam berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.35 petang sebelum sepasukan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya dikerahkan ke tempat kejadian.





“Hasil pemantauan mendapati tujuh keluarga berusia lingkungan 20-an hingga 40-an keluar ke jalan susulan rumah mereka dinaiki air.

“Didapati juga air naik setinggi 0.6 meter di kawasan kejadian,” katanya.

Lelaki dilaporkan hilang ditemui lemas

Pekan Sekinchan, sekitar dilanda banjir


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392





Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Dakwaan Ramkarpal Singh Rakaman Audio 2016 Mencemarkan Imej SPRM Tidak Berasas

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker