Polis tahan 21 pelajar di Sandakan

Polis tahan 21 pelajar di Sandakan

Polis tahan 21 pelajar di Sandakan

SANDAKAN: Polis menahan 21 pelajar dan seorang bekas pelajar, tiga sekolah berasingan hari ini yang disyaki terbabit dalam pergaduhan yang tular di laman Facebook semalam.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek, berkata penahanan suspek yang berumur dari 14 hingga 18 tahun dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan.

“Hasil siasatan awal mendapati pergaduhan berpunca daripada salah faham di antara mereka.





“Polis akan melengkapkan kertas siasatan untuk dimajukan kepada pejabat Peguam Negara bagi mendapat arahan selanjutnya,” katanya di sini hari ini.

Dalam video 21 saat itu, sekumpulan pelajar lelaki berpakaian seragam sekolah menengah bergaduh sehingga ke jalan raya dipercayai berlaku di Jalan Elopura di sini kira-kira 2 petang semalam. – BERNAMA

Jumlah mangsa banjir di empat negeri meningkat

Polis tahan 21 pelajar di Sandakan


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392





Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Dakwaan Ramkarpal Singh Rakaman Audio 2016 Mencemarkan Imej SPRM Tidak Berasas

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker