Rahsia Yang Cuba Di Sembunyikan Di Sebalik Peratusan Mengundi Rendah Pemilihan PKR

Rahsia Yang Cuba Di Sembunyikan Di Sebalik Peratusan Mengundi Rendah Pemilihan PKR

Rahsia Yang Cuba Di Sembunyikan Di Sebalik Peratusan Mengundi Rendah Pemilihan PKR

Maklumat terkini, cuma 12% yang keluar mengundi dalam pemilihan PKR kali ini.

Timbalan Pengerusi II Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR, K Saraswathy memberi alasan ahli PKR masih takut untuk berkumpul dan menyertai aktiviti sosial.

Dalam artikata lain, alasannya ialah Covid-19.





Edisi Siasat simpati juga dengan virus Covid-19, terutamanya di Malaysia.

Hendak jarah duit rakyat, alasannya Covid-19.

Hendak isytihar darurat, alasannya Covid-19.

Gantung Parlimen, alasannya Covid-19.

Sampaikan ahli PKR ridak mengundi pun, Covid-19 juga yang disalahkan.





Apa sebab sebenarnya?

Hakikatnya, PKR sememangnya sudah ditolak oleh pengundi yang berada di luar PKR dan kini oleh ahli PKR sendiri.

Buktinya ialah keputusan 3 pilihanraya negeri di Melaka, Sarawak dan Johor.

Cuba Saraswathy tenguk fakta, berapa kerusi yang PKR bertanding dan berapa kerusi yang PKR mampu menang?

Dan kini, kebanyakan ahli PKR sendiri sudah bosan dengan kepimpinan PKR.





Mereka sudah sampai ke tahap malas hendak ambil tahu tentang PKR.

Bagi mereka, siapa pun yang akan memimpin PKR, keadaan PKR tetap sama.

Lebih banyak beretorik dari memikirkan masalah rakyat.

Dan yang paling menarik, PKR mendakwa, mereka mempunyai 1,118,423 ahli.

Tetapi yang mengundi cuma 136,629 orang sahaja.





Katalah betul dakwaan Saraswathy ahli PKR masih takut dengan jangkitan Covid-19, tapi pemilihan kan boleh dibuat secara atas talian.

76,932 orang atau lebih 50% buat undian secara atas talian.

Takkan Covid-19 tetap hendak dijadikan alasan.

Atau mungkinkah angka 1 juta ahli PKR itu cuma angka rekayasa…😅😅😅

Edisi Siasat cadangkan Anwar Ibrahim buat ‘forensic audit’ tentang jumlah keahlian sebenar PKR.





Lepas buat ‘forensic audit’, jangan lupa update kami yer…🤭🤭🤭

 

Rahsia Yang Cuba Di Sembunyikan Di Sebalik Peratusan Mengundi Rendah Pemilihan PKR

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker