RENGGO ARROW MAAFKAN, MINTA HENTI KRITIK NABILA RAZALI

"TAK TERASA ATAU KECIL HATI PUN"

RENGGO ARROW MAAFKAN, MINTA HENTI KRITIK NABILA RAZALI

RENGGO ARROW MAAFKAN, MINTA HENTI KRITIK NABILA RAZALI

Baru-baru ini, tular video di mana penyanyi Nabila Razali tidak dapat mengecam persembahan penyanyi kumpulan popular era 1990-an, Arrow iaitu Renggo dalam program I Can See Your Voice Malaysia 5 (ICSYVMY 5).

Dalam episod itu, Renggo atau nama sebenarnya Mohd Zain Ramli dipilih Nabila untuk disingkirkan sebelum diminta memperdengarkan suara sebenarnya. Renggo, 53, ketika dihubungi berkata, dia tidak berkecil hati apabila tidak dikenali.

“Penyanyi sekarang tak ambil tahu zaman kegemilangan lagu 80-90 an. Itu yang tak cam. Kalau yang betul-betul ‘follow’ band 90-an ni, dengar suara dah tahu. Biasalah zaman kita dah berlalu, ramai tak kenal dan cam.





“Begitu juga benda ini akan berulang-ulang suatu masa nanti. Tak semua orang ingat. Mungkin juga faktor pencahayaan malam itu, tekanan daripada pihak juri serta gemuruhnya lagi hingga dia susah nak fokus semua.

“Tak terasa atau kecil hati pun apabila Nabila Razali tidak kenal saya. Tak perlu terlalu beriya, sekadar nak berseronok untuk program itu. Setiap sesuatu pasti ada rahmat di sebaliknya. Maafkan semua orang jiwa pun akan tenang,” ujarnya yang dipetik sebagai kepada Harian Metro.

Dalam masa sama, Renggo turut berharap peminat berhenti daripada terus mengkritik dan menyalahkan penyanyi lagu ‘Peluang Kedua’ itu dengan keputusan dibuat.


​Disyorkan Untuk Anda :


“Terlalu banyak kecaman diberikan kepada Nabila. Pada saya eloklah dihentikan. Mungkin manusia, kadang-kadang tak perasan. Lagi pun saya pakai topi, berjanggut, pakai cermin mata dan penampilan berbeza sangat.





“Jadi mungkin dia tak perasan, bukan dia sengaja pun. Tapi apa pun kita maafkan dia, kita beri ruang pada artis baharu untuk mereka melangkah sebab mereka pelapis untuk industri hiburan negara kita.

“Macam kami ini dah senja, tunggu masa saja di bawah. Jadi apa pun saya ucapkan terima kasih pada ICSYVMY 5 dan semua artis yang terbabit kerana walau apa pun terjadi kita dapat bersama pada malam itu, kita ‘happy’ dan layan saja.

“Harap sangat pada peminat maafkan Nabila, saya sudah lama maafkan dia. Mungkin dia tak perasan, nak buat macam mana. Dia pun macam pangkat anak saya, biarlah. Kita maafkan dia, kita sokong dia terus,” katanya.

Sementara itu, Nabila pada program meminta maaf atas kekhilafannya kerana tidak mengecam Renggo: “Saya minta maaf bagi pihak mereka (juri) yang meyakinkan saya untuk singkirkan abang. Saya betul-betul minta maaf. Saya rasa itu kira kekhilafan saya sendiri. Jadi Saya nak minta maaf banyak-banyak.





“Tapi saya memang membesar dengan lagu-lagu abang. Mungkin sebab topi koboi tu bawah sangat, pakai cermin mata lagi. Saya pun tak perasan. Terima kasih kerana lagu abang menjadi siulan saya dari kecil sampai besar,” katanya.

NABILA RAZALI : DIKECAM NETIZEN

RENGGO ARROW MAAFKAN, MINTA HENTI KRITIK NABILA RAZALI


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Dakwaan Ramkarpal Singh Rakaman Audio 2016 Mencemarkan Imej SPRM Tidak Berasas

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker