SHUK BUAT KEJUTAN JUMPA ANAK-ANAK DI SABAH 

SELEPAS LEBIH SEBULAN TAK BERTEMU

SHUK BUAT KEJUTAN JUMPA ANAK-ANAK DI SABAH 

SHUK BUAT KEJUTAN JUMPA ANAK-ANAK DI SABAH 

“Sebenarnya dari awal puasa lalu anak saya Ain dan Aimi ke Sabah dan beraya di sana. Lebih sebulan juga saya dah tak berjumpa mereka. Saya sangat rindukan mereka. Jadi pagi ini (semalam) saya bangun, tanpa sebarang perancangan saya terus gerak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2).

“Saya beli tiket ke Sandakan, saya nak buat kejutan untuk Ain dan Aimi,” itulah kata pelawak dan pengacara Shuk Sahar menerusi perkongsian video di laman Instagram miliknya semalam.

Dalam muat naik tersebut, Shuk memberitahu bahawa dia sudah sebulan lebih tidak berjumpa dengan anak-anak, selepas isterinya iaitu Rossa Sera membawa dua anaknya balik ke Sabah dan menyambut raya di sana dan tidak beraya bersama bekas suaminya itu.





Terlalu rindukan kedua anak-anaknya, Shuk berkata dia mengambil keputusan untuk membeli tiket ke Sabah awal pagi semalam tanpa sebarang perancangan.

“Hanya rindu, Alhamdulillah sempat rasa raya sekali. Maaf nak ayah lambat beraya ngan Ain dan Aimy… Tq @kingkrek teman ke Sabah. Baru ku sedari its all about family..,” tulis Shuk.

Melihat pada video yang dikongsikan, kelihatan kedua anaknya berlari menuju ke arah Shuk sebaik sahaja melihat bapa mereka.

Meninjau ke ruangan komen pula, rata-rata netizen tersentuh melihat perkongsian tersebut. Kata netizen, kasih sayang ayah dan anak-anak hingga ke akhir hayat.





Dalam pada itu, ada yang memberikan komen sindiran mengatakan jika sayangkan anak sebagai bapa tidak akan melakukan perkara yang melukakan hati mereka.

Terdahulu, Serra mengakui ada ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur Jalan Duta, namun merahsiakan tujuannya ke sana. Sejak tahun lalu, hangat diperkatakan mengenai rumah tangga Shuk apabila isterinya, Rossa Sera sering berkongikan luahan hati serta mendedahkan wujudnya orang ketiga.

NEELOFA ENGGAN TUNJUK WAJAH ANAK





SHUK BUAT KEJUTAN JUMPA ANAK-ANAK DI SABAH 


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Dakwaan Ramkarpal Singh Rakaman Audio 2016 Mencemarkan Imej SPRM Tidak Berasas





 

 

 

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker