Timbalan Ketua Polis Kedah terbabit kemalangan 3 kenderaan

Timbalan Ketua Polis Kedah terbabit kemalangan 3 kenderaan
Keadaan Proton X70 dinaiki Timbalan Ketua Polis Kedah bersama isteri dan Proton Persona dinaiki pegawai Kebajikan IPK Kedah yang terbabit kemalangan dengan treler di Jalan Changlun-Alor Setar. – Foto ihsan JBPM Kedah

Timbalan Ketua Polis Kedah terbabit kemalangan 3 kenderaan

JITRA: Dua kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk satu daripada dinaiki Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Mohd Roze Shaari terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 17.3 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, Jalan Changlun-Alor Setar, di sini, hari ini.

Selain Proton X70 dinaiki Mohd Roze dan isteri, Datuk Norfaizah Zainal, sebuah lagi kenderaan adalah Proton Persona dinaiki seorang pegawai kebajikan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri berpangkat Asisten Superintendan bersama pemandu.

Semua penumpang kedua-dua kenderaan tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan kira-kira jam 3.50 petang itu, kecuali pemandu Proton Persona, Koperal Mohd Azahari Azizan yang cedera pada kaki serta dada dan kini dirawat di Hospital Jitra (HJ).

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Mohd Mahiri Hussin mengesahkan kemalangan itu.





 

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika Proton Persona dan Proton X70 bergerak dari arah Changlun menghala Alor Setar.

“Ketika sampai di lokasi kejadian, Proton X70 dikatakan membelok ke kiri untuk memasuki simpang lot kedai di sebelah kiri jalan diikuti Proton Persona.

“Tiba-tiba Proton Persona terbabit dilanggar sebuah treler dari arah belakang di lorong kiri. Akibat pelanggaran, Proton Persona itu terbabas dan melanggar Proton X70 di hadapan menyebabkan pemandunya cedera,” katanya.

Beliau berkata, pemandu treler berusia 32 tahun dan penumpangnya, 16, tidak mengalami kecederaan dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.





Identiti pemandu rentung belum dikenal pasti

Timbalan Ketua Polis Kedah terbabit kemalangan 3 kenderaan

 


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Dakwaan Ramkarpal Singh Rakaman Audio 2016 Mencemarkan Imej SPRM Tidak Berasas

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker