Tukar jurulatih beri kesan misi skuad memanah di Hanoi

Tukar jurulatih beri kesan misi skuad memanah di Hanoi
Aksi pasukan memanah wanita kebangsaan ketika menentang Myanmar dalam acara recurve berpasukan pada Sukan SEA 2021 di Pusat Latihan Sukan Nasional Hanoi. – Foto NSTP/Hairul Anuar Rahim.

Tukar jurulatih beri kesan misi skuad memanah di Hanoi

KUALA LUMPUR: Faktor pertukaran jurulatih acara recurve sedikit sebanyak memberi kesan dalam misi memenuhi sasaran emas skuad memanah negara pada Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam yang berakhir Isnin lalu.

Presiden Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM), Datuk Abdul Hamid Hasan berkata ini menyebabkan atlet memerlukan masa menyesuaikan diri dengan pendekatan latihan yang baharu.

Skuad memanah recurve kebangsaan sebelum ini dilatih jurulatih Korea Selatan, Lee Jae Hyung namun kini dikemudi jurulatih tempatan, Muhammad Marbawi Sulaiman.

“Bagi acara recurve, kekangan untuk meraih emas mungkin disebabkan faktor pertukaran jurulatih Korea Selatan kepada jurulatih tempatan. Jadi sudah semestinya mereka (atlet) memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan cara mengajar yang baharu,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.





Bagaimanapun, Abdul Hamid berkata proses “bedah siasat” akan dilakukan berhubung kegagalan skuad memanah kebangsaan dalam merealisasikan sasaran empat pingat emas.


​Disyorkan Untuk Anda :


Katanya, NAAM dalam masa sama akan merangka strategi lebih berkesan dalam memastikan skuad recurve mampu beraksi lebih cemerlang pada kejohanan akan datang.

“Selepas mesyuarat post mortem bersama jurulatih dan MSN, kita (NAAM) akan tengok kepada program latihan yang lebih sesuai buat atlet, tetapi mereka juga perlu meletakkan sasaran dan kedudukan pasukan memanah pada temasya Sukan SEA 2023 di Kemboja nanti,” katanya.

Skuad memanah kebangsaan menamatkan cabaran di Hanoi dengan mengumpul keseluruhan dua emas, dua perak dan lima gangsa.

Pencapaian dua emas, satu perak dan dua gangsa diperolehi dalam acara compound sementara satu perak dan tiga gangsa dalam acara recurve.





– BERNAMA

Misi serampang dua mata Syaqiera

Tukar jurulatih beri kesan misi skuad memanah di Hanoi


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Dakwaan Ramkarpal Singh Rakaman Audio 2016 Mencemarkan Imej SPRM Tidak Berasas

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker