2 ditahan rasuah urusan pengurusan jenazah

2 ditahan rasuah urusan pengurusan jenazah
Gambar hiasan

2 ditahan rasuah urusan pengurusan jenazah

SHAH ALAM: Dua pembantu kesihatan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki meminta dan menerima suapan kira-kira RM15,000 seorang bagi urusan berkaitan pengurusan jenazah.

Sumber berkata, dua lelaki berusia 42 dan 40 tahun itu ditahan kira-kira jam 4.45 petang tadi ketika masing-masing hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Selangor.

Katanya, kedua-dua suspek yang berkhidmat di sebuah hospital di negeri ini dipercayai meminta dan menerima suapan RM300 bagi setiap jenazah diuruskan daripada individu tertentu.

Difahamkan, ia sebagai balasan untuk pihak berkenaan terus mendapatkan kerja pengurusan jenazah bagi tempoh 2018 hingga 2021.





Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan dua suspek itu untuk siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Katanya, kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam esok untuk mendapatkan perintah reman.

Penolong pegawai perubatan didakwa rasuah urus jenazah

2 ditahan rasuah urusan pengurusan jenazah


Lawati Laman :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392





Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


PPBM: Akta Anti Lompat Parti Tak Nak, Jawatan Menteri Nak

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker