Al Jufferi berkampung di Nilai

Al Jufferi berkampung di Nilai
SUNGKAI: Gagal dalam misi memburu emas di Sukan SEA ke-31 baru-baru ini, tidak mematahkan semangat jaguh silat negara Mohd Al Jufferi Jamari, sebaliknya beliau terus rancak mengatur perancangan untuk bangkit pada Kejohanan Silat Dunia 2022 Julai ini.
Sehubungan itu, beliau bakal berkampung selama dua bulan di Nilai, Negeri Sembilan sebagai persediaan beraksi pada kejohanan yang dijadual berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh.
Bekas juara dunia berusia 30 tahun itu berkata Nilai menjadi lokasi pilihan kerana beliau mahu persekitaran yang jauh dari bandar untuk lebih fokus dalam latihan bagi menghadapi kejohanan yang dianggap terakhir sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada sukan silat.
“Saya memilih Nilai kerana persekitarannya macam berada di kampung dan suasananya membuatkan saya lebih fokus, makan, bangun dan berlatih.
Disyorkan Untuk Anda :
- PRU 15 Semakin Hampir, Karier Katak Dan Pengkhianat UMNO Akan Berakhir
- Rahsia Yang Cuba Di Sembunyikan Di Sebalik Peratusan Mengundi Rendah Pemilihan PKR
- Isu Kutti Di Gunakan Untuk Melempiaskan Amarah Mahathir
“Kalau di bandar fokus kita lain, lepas latihan nak lepak atau bawa keluarga jalan dan sebagainya. Sebagai atlet, perkara kecil seperti itu boleh mengganggu kita untuk fokus,” katanya ketika hadir pada kempen Selamatkan Harimau Malaya di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan di sini, hari ini.
Mohd Al Jufferi, yang juga pemenang emas empat kali di temasya Sukan SEA, memaklumkan beliau bakal mengubah semula kelasnya daripada Kelas F (70-75 kilogram) kepada Kelas E (65-70 kilogram) dalam Kejohanan Silat Dunia itu nanti.
Pesilat itu juga mengakui sudah pulih daripada kecederaan bahu kanan yang dialami ketika pertarungan di temasya Hanoi, yang menyaksikan beliau hanya mampu membawa pulang pingat gangsa selepas tewas dalam saingan separuh akhir kepada wakil Singapura, Abdul Raazaq Abduh Rashid.
Dalam pada itu, Mohd Al Jufferi meneruskan tekadnya untuk bersara selepas saingan di kejohanan dunia itu meskipun jika berjaya meraih juara.
Sementara itu, mengulas mengenai kempen Selamatkan Harimau Malaya, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata kempen anjuran Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) itu, bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan melindungi haiwan liar tersebut yang diancam kepupusan.
Beliau berkata penglibatan komuniti sukan seperti atlet, MSN dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) adalah sebagai tanda sokongan terhadap inisiatif tersebut. – BERNAMA
Al Jufferi berkampung di Nilai
Lawati Laman :
- Dakwaan Ramkarpal Singh Rakaman Audio 2016 Mencemarkan Imej SPRM Tidak Berasas
- Kenapa Veteran ATM Di Layan Dengan Sebegitu Buruk!!!
- Sudah Sampai Masanya Di Adakan Debat Terbuka Calon PM Dari Setiap Parti
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.