Buku lali cedera jejas lompatan Nauraj

Buku lali cedera jejas lompatan Nauraj
Atlet lompat tinggi negara, Nauraj Singh Randhawa beraksi ketika acara final lompat tinggi pada temasya Sukan SEA Vietnam 2021 di Stadium Nasional MyDinh, Hanoi. NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM

Buku lali cedera jejas lompatan Nauraj

KUALA LUMPUR: Faktor kecederaan di buku lali sedikit sebanyak memberi kesan kepada persembahan atlet lompat tinggi Nauraj Singh Randhawa yang sekadar meraih pingat perak di Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam.

Atlet berusia 30 tahun itu berkata biarpun telah cuba mempamerkan aksi terbaiknya, namun nasib mungkin tidak menyebelahinya apabila mengalami kecederaan dua minggu sebelum bermulanya temasya dwitahunan itu.

“Saya telah lakukan yang terbaik tetapi ada banyak perkara yang tidak berjalan lancar seperti yang saya harapkan… terutamanya kerana saya mengalami kecederaan buku lali dua minggu sebelum ini dan saya tidak melompat semasa latihan.

“Namun, saya yakin dan tidak sabar tetapi akhirnya gagal melakukan sebagaimana yang saya impikan seperti apa yang difikirkan dan terpaksa memakan ubat untuk menahan sakit,” katanya kepada pemberita selepas program penghargaan Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) kepada atlet di sini hari ini.





Beliau ketika ini masih mendapatkan rawatan pakar fisioterapi untuk memulihkan kecederaannya dan berehat daripada melakukan sebarang latihan.

Kegagalan Nauraj menyaksikan Malaysia tidak mampu mengekalkan dominasi dalam acara lompat tinggi lelaki Sukan SEA.

Untuk rekod, Malaysia memenangi pingat emas lompat tinggi lelaki dalam setiap edisi Sukan SEA sejak 1977, kecuali pada Sukan SEA 2005 di Manila yang menyaksikan Nguyen Duy Bang dari Vietnam meraih emas.

Buku lali cedera jejas lompatan Nauraj
Atlet heptatlon negara, Norliyana Kamaruddin. – Foto BERNAMA

Sementara itu, atlet heptatlon negara Norliyana Kamaruddin tekad untuk terus berusaha memperbaiki mutu persembahannya bagi kejohanan yang akan datang walaupun berbangga dengan pencapaiannya di Sukan SEA ke-31.

“Saya 100 peratus tidak kecewa walaupun warna pingat bertukar daripada perak kepada gangsa kali ini kerana selepas memecah rekod kebangsaan pada 2017, saya tidak pernah pecah rekod lagi, jadi sudah semestinya saya rasa ini yang terbaik,” katanya.





Atlet berusia 31 tahun itu meraih gangsa dengan mata keseluruhan 5,262, manakala wakil tuan rumah Nguyen Linh Na (5,415) dan Sarah Dequinan (5,381) dari Filipina masing-masing meraih emas dan perak. – BERNAMA

Pengawal keselamatan dituduh bunuh penyelia kedai buku

Buku lali cedera jejas lompatan Nauraj


Lawati Laman :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


PPBM: Akta Anti Lompat Parti Tak Nak, Jawatan Menteri Nak

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker