Gajah spesies terancam, anak belum lahir disyaki diracun di Indonesia

Gajah spesies terancam, anak belum lahir disyaki diracun di Indonesia
Gambar diedarkan Agensi Pemuliharaan Sumber Asli Riau menunjukkan doktor veterinar memeriksa bangkai gajah dan anak dalam kandungannya selepas ditemui mati kerana disyaki diracun, di Bengkalis, Riau di Indonesia. – Foto AFP

Gajah spesies terancam, anak belum lahir disyaki diracun di Indonesia

PEKAN BARU: Seekor gajah Sumatera yang juga spesis terancam dan anaknya yang belum lahir ditemui mati di barat Indonesia, selepas disyaki diracun, menurut seorang pegawai Agensi Pemuliharaan Sumber Asli hari ini.

Bangkai mamalia yang sedang hamil itu ditemui di ladang kelapa sawit di wilayah Riau di Sumatera, sebuah pulau besar yang menjadi habitat endemik beberapa haiwan jarang ditemui di dunia.

Negara kepulauan itu berdepan cabaran berterusan bagi mengekang jenayah hidupan liar dan beberapa kes gajah diracun sudah dilaporkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Ia termasuk satu kes yang dilaporkan pada 2019, apabila seekor gajah Sumatera ditemui dipenggal kepalanya dengan keadaan gadingnya dilapah keluar.





Seorang pekerja ladang menemui bangkai gajah betina yang hamil 22 bulan hari ini, sebelum segera melaporkan penemuannya kepada pihak berkuasa, yang mengumpul sampel sebelum bangkai haiwan itu ditanam.

“Kami anggarkan gajah betina ini berumur sekitar 25 tahun dan semasa ujian nekropsi, kami mendapati ia hamil dan hampir melahirkan anak,” kata Ketua Bahagian Tempatan Agensi Pemuliharaan Sumber Asli, Hartono.

Katanya, pegawai dari agensi berkenaan masih menguji sampel untuk menentukan punca kematian dan mengesyaki kemungkinan diracun kerana mulut gajah betina itu berbuih ketika ditemui.

Menurut Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF), gajah Sumatera berada di ambang kepupusan dengan hanya berbaki kira-kira 2,400 hingga 2,800 ekor di dunia.

Jumlah gajah itu juga diancam oleh pemburuan haram yang mahu mengambil gadingnya kerana bernilai dalam perdagangan hidupan liar haram.





Penebangan hutan yang berleluasa juga mengancam habitat semula jadi gajah dan mengheret mamalia itu dalam konflik dengan manusia, yang semakin kerap berlaku. -AFP

Puluhan tuntung mati disyaki diracun

Gajah spesies terancam, anak belum lahir disyaki diracun di Indonesia


Lawati Laman :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


PPBM: Akta Anti Lompat Parti Tak Nak, Jawatan Menteri Nak

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker