Gempa kuat magnitud 7.2 gegar tenggara Peru – USGS

Gempa kuat magnitud 7.2 gegar tenggara Peru - USGS
Gambar diedarkan Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS) menunjukkan lokasi gempa bumi berukuran 7.2 di tenggara Peru. – Foto EPA

Gempa kuat magnitud 7.2 gegar tenggara Peru – USGS

WASHINGTON : Gempa kuat berukuran 7.2 menggegarkan kawasan tenggara Peru hari ini, menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS).

Gempa itu berlaku pada jam 7.02 pagi waktu tempatan (1202 GMT), pada kedalaman 218 kilometer (km).

Pusat gempa terletak berhampiran bandar Azangaro, berdekatan Tasik Titicaca di sempadan Bolivia.

Gempa turut menggegarkan beberapa bangunan di La Paz, ibu negara jiran Bolivia serta beberapa bandar di Peru termasuk Arequipa, Tacna dan Cusco.





Bagaimanapun pihak berkuasa tempatan dan stesen radio melaporkan belum menerima sebarang laporan berkaitan kerosakan atau mangsa yang terjejas.

Sistem Amaran Tsunami AS pula memaklumkan tiada amaran tsunami dikeluarkan selain tiada laporan berkaitan kerosakan atau kemalangan jiwa diterima.





Rakaman video daripada kamera jalanan menunjukkan pemandu kenderaan panik ketika gegaran berlaku. – AFP

Gempa 6.6 magnitud gegar Cyprus

Gempa kuat magnitud 7.2 gegar tenggara Peru – USGS


Lawati Laman :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


PPBM: Akta Anti Lompat Parti Tak Nak, Jawatan Menteri Nak

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker