Kemungkinan tinggi darah beku di paru-paru untuk mangsa COVD-19

Kemungkinan tinggi darah beku di paru-paru untuk mangsa COVD-19
Model coronavirus dipamerkan di atas sebuah kereta mengiklankan kit ujian kendiri COVID-19 di Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat (AS). – Foto REUTERS

Kemungkinan tinggi darah beku di paru-paru untuk mangsa COVD-19

WASHINGTON: Kajian terbaru mendapati bekas pesakit COVID-19 berdepan dua kali ganda risiko pembentukan darah beku berbahaya di paru-paru, berbanding individu tidak dijangkiti, selain menggandakan peluang mengalami masalah pernafasan.

Hasil kajian Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) yang merangkumi masalah kesihatan boleh dikaitkan dengan serangan COVID-19 itu konsisten dengan penyelidikan lain.

Kajian membuktikan satu daripada lima dewasa berusia 18 hingga 64 tahun dan satu daripada empat individu berusia lebih 65 tahun menghadapi risiko itu.

Antara semua keadaan, risiko pembentukan embolisme pulmonari akut, iaitu pembekuan dalam arteri paru-paru, meningkat dua kali ganda dalam kalangan dewasa lebih muda dan tua melebihi 65 tahun, selain gejala pernafasan, batuk kronik atau sesak nafas.





Embolisme pulmonari biasanya bergerak ke paru-paru dari urat dalam di kaki dan boleh menyebabkan masalah serius, termasuk kerosakan paru-paru, tahap oksigen rendah serta kematian.

Ia berdasarkan lebih 350,000 rekod pesakit COVID-19 dari Mac 2020 hingga November lalu, dipadankan dengan 1.6 juta orang dalam kumpulan ‘kawalan’ yang sudah menerima rawatan perubatan pada bulan sama dengan ‘kes’ sepadan namun tidak dijangkiti COVID-19.


​Disyorkan Untuk Anda :


Pasukan itu menilai rekod 26 keadaan klinikal yang sebelum ini dikaitkan dengan ‘long COVID’.

Pesakit dipantau selepas sebulan mereka mula dilihat hingga mengalami keadaan seterusnya, atau sehingga setahun berlalu, bergantung kepada yang mana lebih awal.

Keadaan paling biasa dalam kedua-dua kumpulan usia adalah gejala pernafasan dan sakit muskuloskeletal.





Risiko pesakit bawah 65 tahun selepas COVID-19 meningkat untuk kebanyakan jenis penyakit, tetapi tiada perbezaan ketara diperhatikan bagi penyakit serebrovaskular, kesihatan mental atau gangguan berkaitan bahan.

“Tahap parah dan tempoh penyakit COVID-19 boleh menjejaskan keperluan penjagaan kesihatan dan kesejahteraan ekonomi pesakit.

“Berlakunya masalah kesihatan susulan jangkitan mungkin menjejaskan keupayaan pesakit menyumbang kepada tenaga kerja dan mungkin mempunyai akibat ekonomi untuk mangsa yang terselamat serta tanggungan,” kata penulis yang antara lain menjelaskan ia memberi tekanan tambahan pada sistem kesihatan.

Had kajian termasuk fakta data mengenai jantina, bangsa, wilayah geografi dan status vaksinasi tidak dipertimbangkan kerana tempoh masa serta kajian itu tidak mengambil kira varian lebih baharu. – AFP

PARU-PARU ABANG ARWAH SITI SARAH ROSAK, AMBIL MASA UNTUK PULIH





Kemungkinan tinggi darah beku di paru-paru untuk mangsa COVD-19


Lawati Laman :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


PPBM: Akta Anti Lompat Parti Tak Nak, Jawatan Menteri Nak





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker