Kenapa Veteran ATM Di Layan Dengan Sebegitu Buruk!!!

Kenapa Veteran ATM Di Layan Dengan Sebegitu Buruk!!!

Veteran ATM adalah perwira negara yang sudah banyak berjasa kepada agama, bangsa dan tanah air.

Mereka adalah antara wira yang tidak didendang selama ini.

Demi untuk menjaga kedaulatan negara, ramai di antara mereka terkorban, isteri menjadi balu dan anak-anak menjadi yatim.





Ketika menentang kezaliman pengganas komunis, merekalah yang berada di barisan hadapan.

Waktu menghadapi provokasi Soekarno dalam konfrantasi Malaysia Indonesia, merekalah yang berjuang.

Masa menghadapi rusuhan kaum 13 Mei 1969, jasa merekalah yang mesti kita kenang.

Anak muda hari ini hidup dengan aman tenteram, tidak di ancam kezaliman komunis, tidak berhadapan dengan kemarahan Indonesia hasil pengorbanan mereka.

Bukan puluhan atau ratusan, malah ribuan antara mereka yang kehilangan tangan, kaki dan lain-lain kecacatan kekal, demi untuk negara.





Kini medan perjuangan mereka tinggalkan untuk diteruskan oleh generasi perwira yang ada sekarang.

Ramai di antara mereka kini di himpit oleh tekanan hidup kerana tiada perkerjaan.

Bukan malas berkerja, tetapi usia tidak mengizinkan.

Apa yang mereka pinta hanyalah sebahagian kecil perhatian dari kerajaan untuk membantu mereka dapatkan tempat berteduh dan sesuap nasi.

Apakah permintaan mereka itu keterlaluan jika dibandingkan dengan jasa dan pengorbanan mereka?





Persoalannya, mengapakah kerajaan memberikan layanan yang cukup buruk kepada wira yang tidak didendang ini?

 

Kenapa Veteran ATM Di Layan Dengan Sebegitu Buruk!!!

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker