Langgar lampu isyarat, pelajar Tingkatan 5 maut rempuh lori

Langgar lampu isyarat, pelajar Tingkatan 5 maut rempuh lori
SEREMBAN: Seorang pelajar Tingkatan Lima maut selepas dipercayai melanggar lampu isyarat merah sebelum merempuh sebuah lori ketika dalam perjalanan ke sekolah di persimpangan Jalan Tunku Kursiah, di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, dalam kejadian jam 8.45 pagi, mangsa mengalami cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Kemalangan membabitkan motosikal Honda RS150 yang ditunggang seorang remaja lelaki berumur 17 tahun yang juga pelajar sekolah menengah di Sikamat sedang bergerak terus dari arah Seremban menuju ke arah Sikamat.
“Apabila tiba di lokasi kejadian, mangsa penunggang motosikal disyaki mengabaikan lampu isyarat berwarna merah.
“Mangsa bergerak terus lalu melanggar bahagian kanan sebuah lori jenis Isuzu dipandu seorang lelaki berumur 31 tahun yang datang dari arah simpang kiri mangsa yang sedang bergerak terus melintasi mangsa ketika itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini
Nanda berkata, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.
Seorang pelajar tingkatan lima maut selepas dipercayai melanggar lampu isyarat merah sebelum merempuh sebuah lori ketika dalam perjalanan ke sekolah di persimpangan Jalan Tunku Kursiah, di sini, pagi tadi. – Foto PDRM
Langgar lampu isyarat, pelajar Tingkatan 5 maut rempuh lori
Lawati Laman :
- Dakwaan Ramkarpal Singh Rakaman Audio 2016 Mencemarkan Imej SPRM Tidak Berasas
- Kenapa Veteran ATM Di Layan Dengan Sebegitu Buruk!!!
- Sudah Sampai Masanya Di Adakan Debat Terbuka Calon PM Dari Setiap Parti
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.
PPBM: Akta Anti Lompat Parti Tak Nak, Jawatan Menteri Nak