Lelaki ditetak bekas kekasih tunang kerana cemburu

Lelaki ditetak bekas kekasih tunang kerana cemburu

Lelaki ditetak bekas kekasih tunang kerana cemburu

PENAMPANG: Akibat cemburu, seorang lelaki parah ditetak bekas kekasih tunangnya menggunakan parang di kawasan jejantas berhadapan sebuah bank di Putatan, di sini.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 6.30 petang pada 18 Mei lalu, dengan pihak polis percaya bermotifkan perasaan cemburu dan sakit hati.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim mengesahkan kejadian itu yang menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah pada kepala dan badan akibat ditetak suspek yang berusia 20 tahun.





“Hasil siasatan, polis kemudian menahan suspek pada 20 Mei lalu untuk tindakan lanjut.

“Ketika ditahan, polis merampas parang dipercayai digunakan dalam serangan berkenaan,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Rumah Terbuka Sempena Sambutan Aidilfitri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, di sini, hari ini.

Mohd Haris berkata, kes ini dianggap selesai dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah.

Katanya, kertas siasatan penuh akan diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya secepat mungkin untuk tindakan lanjut.

Lelaki maut, tunang parah kereta terbabas





Lelaki ditetak bekas kekasih tunang kerana cemburu


Lawati Laman :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


PPBM: Akta Anti Lompat Parti Tak Nak, Jawatan Menteri Nak





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker