M Nasir jaga stamina demi Konsert Satu Hari Di Hari Raya

M Nasir jaga stamina demi Konsert Satu Hari Di Hari Raya
KUALA LUMPUR: Bakal menjayakan Konsert Satu Hari Di Hari Raya di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), sifu muzik, Datuk M Nasir, 64, tidak berkompromi dalam soal kesihatan.
Bagi mengekalkan stamina, M Nasir menjaga pemakanan dan aktif melakukan pelbagai aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh agar sihat dan bertenaga, apatah lagi dengan pembukaan semula sektor kreatif.
“Pada usia emas sekarang, saya tidak boleh bertoleransi soal kesihatan. Sudah jadi rutin saya untuk berkebun di rumah saban pagi.
“Tidur kena cukup. Saya kalau tidak cukup atau kurang tidur, boleh mengundang selesema.
Berkongsi keterujaan untuk tampil pada persembahan amal, Konsert Satu Hari Di Hari Raya di WTCKL, malam esok, M Nasir atau nama sebenar, Mohamad Nasir Mohamed membahagikan masa antara penggambaran drama Special Force: Anarchy terbitan Skop Production dengan latihan konsert.
Disyorkan Untuk Anda :
- PRU 15 Semakin Hampir, Karier Katak Dan Pengkhianat UMNO Akan Berakhir
- Rahsia Yang Cuba Di Sembunyikan Di Sebalik Peratusan Mengundi Rendah Pemilihan PKR
- Isu Kutti Di Gunakan Untuk Melempiaskan Amarah Mahathir
“Tidak dinafikan jadual penggambaran drama dan latihan konsert agak memenatkan.
“Namun, saya harus membiasakan diri apatah lagi ketika ini, industri kreatif rancak kembali.
“Saya yakin selepas bertahun-tahun tidak tampil dengan konsert, inilah masa terbaik untuk saya melepaskan keghairahan membuat persembahan kepada peminat.
“Tentu saya akan tampil sehabis baik dan sepenuh jiwa,” katanya yang sudah hampir dua bulan berulang-alik ke lokasi penggambaran drama aksi Special Force: Anarchy arahan Syafiq Yusof.

M Nasir berkata, dia sudah memilih rangkaian lagu yang akan dipersembahkan pada Konsert Satu Hari Di Hari Raya yang dianjurkan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) itu.
“Saya akan mendendangkan lagu popular lain, biarpun ramai menyangka konsert itu bertemakan Hari Raya.
“Konsert diberi nama itu kerana dianjurkan pada Syawal selain single Satu Hari Di Hari Raya adalah lagu raya popular saya,” katanya yang akan mendendangkan 20 lagu pada konsert berkonsepkan makan malam itu.
Menggunakan kelebihan tema itu, M Nasir akan memastikan persembahan 90 minit itu bersifat intim dan lebih peribadi.
“Walaupun konsert berlangsung dalam dewan tertutup, bukan pentas terbuka, saya akan pastikan peminat terhibur. Saya mahu peminat menyanyi dan menari bersama saya.
“Saya akan bawa atmosfera dan aura konsert yang pernah saya jayakan di pentas malam ini,” katanya.
Sebahagian hasil kutipan Konsert Satu Hari Di Hari Raya akan diagihkan kepada penggiat seni yang kurang bernasib baik, termasuk mereka yang terkesan impak penularan pandemik COVID-19.
BILA ALIFF SYUKRI MAHU ADAKAN KONSERT
M Nasir jaga stamina demi Konsert Satu Hari Di Hari Raya
Lawati Laman :
- Dakwaan Ramkarpal Singh Rakaman Audio 2016 Mencemarkan Imej SPRM Tidak Berasas
- Kenapa Veteran ATM Di Layan Dengan Sebegitu Buruk!!!
- Sudah Sampai Masanya Di Adakan Debat Terbuka Calon PM Dari Setiap Parti
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.