Majlis Presiden PH gesa segerakan sidang khas Parlimen

Majlis Presiden PH gesa segerakan sidang khas Parlimen
KUALA LUMPUR: Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob segera mengadakan sidang khas Parlimen bagi membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti.
Menurut kenyataan bersama pemimpin PH, sebelum ini Perdana Menteri sudah beberapa kali memberikan komitmen untuk membahaskan RUU itu, namun ia belum dilaksanakan lagi.
“Selain RUU, sidang khas Parlimen ini juga harus membincangkan permasalahan dihadapi rakyat ketika ini antaranya kos sara hidup dan inflasi.
“Juga harus dibincangkan adalah mengenai pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengesan beberapa pembelian untuk sektor perkhidmatan kesihatan negara ketika pandemik COVID-19 melanda, terpalit dengan rasuah.
“Justeru, Majlis Presiden PH menggesa Perdana Menteri untuk bertindak secepat mungkin bagi membolehkan kesemua perkara ini dibahaskan,” menurut kenyataan bersama oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Mohamad Sabu (AMANAH), Anthony Loke (DAP) dan Madius Tangau (UPKO).
Majlis Presiden PH gesa segerakan sidang khas Parlimen
Lawati Laman :
- Dakwaan Ramkarpal Singh Rakaman Audio 2016 Mencemarkan Imej SPRM Tidak Berasas
- Kenapa Veteran ATM Di Layan Dengan Sebegitu Buruk!!!
- Sudah Sampai Masanya Di Adakan Debat Terbuka Calon PM Dari Setiap Parti
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.